Friday, October 21, 2011

SURAT UNTUK AZIZ BARI



SALUT UNTUK PEMIKIR BANGSA





UIA GANTUNG TUGAS AZIZ BARI - mkini

Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).



saudara aziz bari kami hormati,

saya di fahamkan bahawa saudara telah di gantung
saya difahamkan ini kerana pandangan saudara bersabit dengan hukum dan perlembagaan

rasa saya ramai pembaca tt merasa kecewa kerana tindakan uia ini
tetapi yakinlah kredibiliti saudara sebagai
seorang intelektual
sebagi seorang pakar hukum
sebagai seorang aktivis
sebagi seorang guru
sebagai seorang profesor
tidak akan tercalar
tidak akan rosak
malah saudara akan terus tercatit sebagai pemikir bangsa
pemikir dari bumi ini yang berani
pemmikir yang jujur

saudara mengatakan bahawa raja dan sultan boleh dikeritik
saudara mengatakan ini tidak menyalahi undang undang
saudara mengatakan ini ada dalam perlambagaan

saudara yang kami hormati,

saudara telah berkata benar
dalam negara yang zalim
berkata benar adalah satu tindakan yang revolusineer

salut untuk saudara yang berani
ikhlas dan setiakawan dari semua pembaca tukar tiub


Sumber: Tukar Tiub

No comments:

Post a Comment