Sunday, September 25, 2011

Kesal Pasukan Polis Menjadi Alat Perkukuhkan Kuasa BN


Oleh: tun_telanai

" Berhubung laporan themalaysiainsider pada 23 September lalu yang memetik ucapan KPN , Ismail Omar yang merasa amat bimbang takut UMNO (Babi Negara-BN) kalah dalam PRU ke-13 akan datang dan memberi amaran kepada UMNO isu berkaitan pemansuhan ISA. Katanya : “jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.” (KPN bimbang takut BN kalah, jadi BN (pada pandangannya Negara ini akan hancur) perlu diselamatkan dengan apa cara sekali pun)

Dalam pada itu, Ismail turut ,menyinggung Pakatan Rakyat  dengan kenyataan : “Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi,” (KPN bimbang Pakatan terus mendapat sokongan rakyat, dari itu UMNO patut arahkan pasukan polis mengambail apa saja langkah yang difikirkan perlu bagi menghalang kebangkitan Pakatan)

 
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ismail banyak menimbulkan bnayak persoalan dari banyak pihak. Ada pihak yang sangsi dengan peranan pasukan polis. Apakah peranan dan tanggungjawab pihak pasukan polis sudah berubah dari menjada keselamatan rakyat  dan kententeraman awam kepada kewajiban menjaga kelansungan politik UMNO dalam Negara ini.

Walau bagaimana huduh sekali pun UMNO melakarkan politik Negara ini dengan penuh kezaliman, dasar diskriminasinya yang meluas dalam masyarakat, berbagai bentuk penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa untuk menzalimi rakyat dalam sector social-budaya,  politik(contoh pendakwaan terpilih kes Mat Sabu dan MPN dan tindakan pasukan polis sebelum dan selepas BERSIH 2.0 terhadap 2 kumpulan yang berbeza pandangan) , pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Rakyat diwajibkan dan dipaksa (tidak ada pilihan) menerima UMNO sebagai pemerintah dalam Negara ini untuk selama-lamanya. Rakyat sedar, sudah lama pasukan polis mulai melaksanakan kaedah paksaan ini ke atas rakyat Malaysia, iaitu semenjak 1 Julai 2001 yang mana semua bentuk ceramah politik (agama?) tidak dibenarkan diadakan di tempat awam. Permit khas diperlukan, jika ia hendak diadakan juga, tetapi selalunya ia ditolak kerana hasutan para pemimpin UMNO.

Tujuan peraturan ini dibuat untuk menghalang maklumat ‘kotor’ UMNO sampai ke pengetahuan rakyat. Di samping itu. Seluruh aktiviti Pakatan dipantau, dihalang dan dikekang supaya visi, misi dan dasar Pakatan gagal untuk mendekati dan sampai kepada rakyat. Berbanding dengan UMNO yang mempunyai rangkaian informasi dan utiliti di udara, di lautan dan di darat yang berfungsi 24 jam (isu Mat Sabu (Mat Indera) contohnya (kes Anwar Ibrahim juga-kes liwat II dan pengedaran video seks), sesaat pun tidak diberi peluang menjelaskan kepada rakyat melalui saluran informasi konvensional yang dikawal UMNO).

Pendokong Pakatan tidak memperdulikan peraturan tersebut (yang dianggap tidak adil) terus melaksanakan aktiviti penerangan menerusi majlis-majlis ceramah, kadangkalanya diberi permit dan kebanyakkannya tidak diberi permit. Aktiviti-aktiviti wajib dijalankan juga (sama ada diberi permit atau tidak) untuk menangkis serangan bertali arus dari UMNO, maka timbullah hasutan dari golongan Babi Negara (BN) dan dilebelkan sebagai aktiviti, perhimpunan dan ceramah itu adalah ‘haram’ kerana permit tidak dikeluarkan. Keadaan ini sebenarnya bagi memudahkan pihak pasukan polis melaksanakan menguatkuasakan undang-undang. Itu sahaja mesej.

Kita juga patut bersykur di atas kenyataan KPN itu, sebelum ini kita samar-samar dengan peranan dan tanggungjawab pasukan polis. Kini, kita sudah disahkan bahawa peranan dan tanggungjawab pasukan polis adalah untuk menjaga survival seperti jangkaan rakyat selama ini, bukan untuk rakyat (hanya rakyat dan golongan penyokong Babi Negara (BN) yang sebahagian besarnya masih terpinggir dari arus pembangunan Negara yang kononnya dikatakan maju.

Dr Mahathir mempunyai banyak kenangan paling manis ketika berada di bawah pemerintahan Pak Lah terutama beliau tidak dibenarkan bertemu dan berucap di hadapan public, apatah lagi untuk muncul di kaca tv dan media arus perdana yang dikawal oleh Pak Lah. Pak Lah juga turut mengunakan pasukan polis menyekat pergerakkan Mahathir dan banyak program beliau dibatalkan yang melibatkan pasukan polis. Itu Tun Dr Mahathir, kita kini apalah sangat bagi regim Najib BN.

Jadi, Pakatan perlu menyusun strategi baru bagi menentang pasukan polis (bersama-sama UMNO dan golongan BN lainnya) sebelum, semasa dan selepas PRU ke-13, yang pastinya pasukan polis (bersama-sama dengan anjing-anjing UMNO yang telah dikenalpasti) sudah tentu akan menimbulkan berbagai halangan dan kekangan bagi melemahkan Pakatan dan menghalang Pakatan memenangi PRU ke-13. Semua kita sudah alami kerenah pasukan polis dalam setiap pilihan raya kecil yang lalu dan kita juga laluinya di PRN Serawak ke-10. Di mana pasukan polis ketika itu?

Kita harap, keghairahan pasukan polis untuk menjaga survival UMNO, janganlah ulangi kesilapan yang dilakukan oleh bekas dictator Indonesia Suharto yang menjadikan pasukan polis dan tentera sebagai tunjang pemerintahannya selama 32 tahun. Akhirnya, Suharto digulingkan oleh rakyatnya sendiri.

Kita (pasukan polis dan UMNO) merancang, tetapi perancangan dari Allah swt lebih hebat daripada kita yang merancang. Perancangan Allah swt apabila sampai waktunya UMNO akan hancur lebur, tiada sesiapa yang boleh menghalangnya. 

No comments:

Post a Comment