Friday, August 19, 2011

Tanah runtuh Cameron Highland kerana buatan manusia?


Laporan Khas Oleh Arshad Khan
CAMERON HIGHLAND, 18 Ogos: Tragedi kejadian tanah runtuh awal minggu lalu di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang telahpun meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah.

Dalam reaksi balasnya, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob telah cepat membuat kesimpulan bahawa laporan awal tragedi tanah runtuh tersebut tidak menunjukkan ia berlaku akibat pembangunan atau penerokaan tanah.
(Inilah perkampungan orang Asli Sungai Ruil yang hilang tujuh nyawa baru-baru ini. Jelas kelihatan aliran air yang turun dari bukit di atasnya.) 

Adakah benar dakwaan Adnan bahawa ia adalah bencana alam semula-jadi atau ianya bencana buatan manusia?

Namun, itu adalah lumrah manusia terutamanya pihak berkuasa untuk mengaitkan bencana alam sedemikian dengan kuasa semulajadi, akan tetapi kita terlupa bahawa bencana sedemikian mungkin juga disebabkan kuasa manusia, yang tamakkan kekayaan tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Wartawan perisik Harakahdaily Arshad Khan telah melaporkan penemuan eksklusifnya ketika meninjau tempat kejadian tanah runtuh tersebut di Cameron Highland, telah menunjukkan dakwaan bahawa tragedi tanah runtuh yang menelan tujuh nyawa itu adalah hasil bencana alam semula-jadi adalah jauh meleset.
(Gambar kiri: Air yang turun ke kawasan perkampungan orang Asli telah melalui aliran yang telah gondol)
Arshad dalam tinjauannnya 10 Ogos yang lalu mendapati bahawa sememangnya terdapat aktiviti-aktiviti mengondokan bukit dan pembalakan di sekitar satu lembah kecil di hujung penempatan orang Asli yang mengumpul air dan airnya melimpah ke rumah-rumah di bawah.

“Saya menjangkakan punca tanah runtuh disebabkan buatan manusia adalah tepat. Terdapat aktiviti di bahagian lembah kecil di hujung penempatan orang Asli yang mengumpul air dan airnya melimpah ke rumah-rumah di bawah.
"Akan tetapi, mengapa ia mengambil masa yang lama (untuk kejadian berlaku) sedangkan penempatan di kawasan tersebut sudah lama? Ini bermaksud aktiviti-aktiviti di kawasan lembah kecil tersebut adalah baru,” kata Arshad.
(Longgokan tanah yang dibawa turun dari atas bukit berhampiran kawasan runtuhan)
Kata Arshad, sekiranya pokok di kawasan tersebut ditebang untuk aktiviti perkebunan kecil-kecilan, aktiviti itu sepatutnya dipantau dan langkah-langkah berjaga diambil untuk memastikan tanah tidak terlalu terdedah untuk larian air pada permukaannya.

“Tapak kejadian tanah runtuh itu kelihatan seperti laluan air semulajadi dan apa-apa halangan akan menyebabkan hakisan dan halangan kepada perembesan air. Secara keseluruhannya, lereng gunung yang tidak diteres dan disalirkan dengan baik, saya akan menyalahkan pihak berkuasa atas kegagalan, kejahilan dan ketidakupayaan ini.

"Penebangan hutan semulajadi secara total sepatutnya tidak berlaku, namun sekiranya terpaksa ia harus dilakukan secara berperingkat dengan menggantikan dengan pokok buah atau pokok yang berakar umbi dalam. Tanah di Malaysia adalah mudah, belum matang dan  mudah tercabut, tidak terikat dengan kuat kerana kebanyakkan kandungan adalah pasir – penutup tanah atau akar adalah penyelesaian terbaik terhadap hakisan,” tambah Arshad.
(Jentera berat yang digunakan untuk membuat kerja-kerja tanah yang menggondolkan bukit berhampiran kawasan bencana)

Arshad juga menemui satu projek perumahan mewah berdekatan dengan kawasan kejadian (gambar) dan juga aktiviti-aktiviti perataan tanah sedang giat dijalankan.
Selain itu, tinjauan Arshad telah menemukan beliau kepada satu papan tanda yang menunjukkan aktiviti penempatan sekitar kawasan kejadian tanah runtuh telahpun giat dijalankan mulai tahun lepas.

Berdasarkan maklumat pada papan tanda tersebut, pada penghujung April 2010, kerajaan Pahang dan Menteri Besarnya Datuk Seri Adnan Yaakab telah secara bangganya melancarkan program Perkampungan Pertama 2010 untuk penduduk Kampung Sungai Ruil di Cameron Highland.

“Penempatan semula kaum Asli tidak berapa dipersetujui oleh orang Asli, dan ia amat berkait dengan orang yang berkuasa yang bermatakan kekayaan yang boleh dijana daripada hutan yang diduduki orang Asli dulu.
(Papan tanda projek mewah yang dirasmikan oleh Adnan tetapi beliau berkata kejadian ini tidak ada kaitan dengan kerakusan manusia tetapi akibat bencana alam)
"Terlalu banyak orang yang berpangkat tertinggi yang terlibat dalam rampasan hutan asal mereka, dan kini mereka telah lebih kurang menjadi golongan nomad tanpa tanah nenek moyang mereka atau seperti sesetengah di negara-negara lain, gypsies (orang yang selalu berpindahtempat atas arahan pihak atasan).
"Siapakah yang mereka boleh menjadi tempat mengadu sekarang? Tiada siapa! Mereka ini adalah orang yang sangat mudah, yang tidak mempunyai banyak prinsip dan mudah diambil hati oleh sedikit habuan yang diberikan golongan elit. Saya juga pernah melihat beberapa proksi pembalakan dan lain-lain yang mengumpan dengan memberikan 'gula-gula' untuk menipu pribumi untuk melepaskan tanah nenek moyang mereka semata-mata untuk mendapatkan berjuta-juta kayu berharga,” tambah Arshad lagi.

Dalam temuramahnya dengan seorang orang Asli yang berada di sekitar kawasan kejadian tanah runtuh, Arshad berkata orang Asli itu memberitahu semasa kejadian berlaku beliau terdengan satu bunyi guruh yang kuat dan terlihat air deras bagai ombak mengalir ke bawah lereng gunung.
(Air yang turun dengan deras di parit sebelah rumah berasal dari takungan kecil di atas bukit) 

“Beliau menjerit dan menyuruh penduduk-penduduk mengosongkan rumah tapi terlambat. Hujan juga telah menenggelamkan suaranya. Bagi saya, getaran guruh itu mungkin telah memaksa keluar serpihan-serpihan yang memegang air di kawasan lembah yang kecil tersebut,” tambah Arshad.

Menjangkakan pihak berkuasa akan mencadangkan satu jawatankuasa untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh, samada semulajadi atau buatan manusia, Arshad hanya memberikan satu komen sinis untuk mengakhiri laporannnya.

“Tuhan akan sentiasa senyap dan mungkin boleh dipersalahkan. Bagaimana pihak berkuasa boleh dipersalahkan bilamana mereka tahu lebih baik dari Tuhan untuk menggerupis dengan alam semula jadi?” soal beliau.

Sumber: Harakah

No comments:

Post a Comment