Saturday, December 18, 2010

Terbukti Malaysia Mempunyai Hubungan Dengan Israel@APCO





Bukti, dokumen sulit yang ditandatangani pada 4 Ogos 2009

[Maklumat ini sungguh memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Kini terbukti betapa teruknya kerajaan UMNO BN dan 1Malaysia pimpina PM Najib Razak, kerana sanggup bersekongkol dengan Kerajaan Israel untuk menentukan halatuju pemerintahan negara. Rakyat perlu sedar dengan situasi ini dan apakah mereka harus menerima kehendak takdir yang sudah terang lagi bersuluh itu agaknya. Pencacai UMNO BN sudah pasti akan menadikan semua ini, namun segala kebenaran akhirnya terserlah jua. Maka itulah, kita tidak hairan Anwar Ibrahim dihalang daripada membela dirinya mengikut prosedur biasa yang telah ditetapkan. Ini kerana mereka semua takut andainya segala dokumen perjanjian itu didedahkan oleh Anwar dan ini akan memalukan mereka. Justeru itu, jalan terbaik ialah menggantung terus Anwar daripada hadir ke parlimen untuk tempoh yang agak lama bagi menghalang beliau terus bersuara tentang isu ini. Mujurlah ada rakyat prihatin yang menyebarkan maklumat dokumen tersebut yang kini boleh ditatap oleh seluruh rakyat Malaysia. Fahamlah kini apa yang berlaku kini. Wajiblah kita untuk menolak kerajaan UMNO BN dari terus berkuasa selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Jangan dibiarkan negara ini tergadai ke tangan asing buat selamanya! Klik Sini untuk melihat bukti salinan dokumen tersebut].

Marilah kita sama-sama menghayati akan peringatan Allah di dalam Al Quran.

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا

”Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (QS Al-Maidah ayat 82)



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ

بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ

إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ


 “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (QS Al-Maidah ayat 51)

No comments:

Post a Comment