Sunday, August 19, 2012
Tuesday, August 14, 2012
Takkan sampai tara ni pemuda umno hina anak yatim
Mediaperak
“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) telah menganjurkan proram Tadarus dan Khatam Al-Quran peringkat nasional bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.”
Tajuk berita cukup best. VIP yang hadir juga cukup best. Tapi macam mana dengan layanan yang diberikan?
Aku bagi warning kepada seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat. Kalau aku nampak..gerenti hangpa naya aku katok.
Jangan sekali-kali hangpa buat benda macam ni. Dibawah ni adalah budaya Melayu Umno. Sapa-sapa juga dari Pakatan Rakyat yang buat benda macam kat bawah ni, depa juga tergolong didalam puak-puak Umno.
Meja Anak Yatim (Sebelum berbuka)
Meja untuk VIP (sebelum berbuka)
Meja Anak Yatim (Nak berbuka)
Meja VIP sewaktu berbuka.
Aku setuju dengan blogger APA. Tolong tunjukkan gambar anak-anak yatim sedang makan. Tak kan depa makan kuih dalam bekas plastik dan air mineral saja.
Monday, August 13, 2012
UTUSAN MEDIA BANGSAT YANG BAKAL DIHUKUM
Oleh: WFAUZDIN NS
MENGAPA istilah 'Kafir Harbi' ini wujud sewaktu Umno terkial-kial untuk mendapatkan sokongan kaum Cina? Benarkah DAP itu 'Kafir Harbi' sekarang dan tidak dahulu lagi sewaktu Umno mendapat sokongan kuat dari kaum Cina di dalam Bn? Dan, paling penting hujah atau dalil untuk menghukum DAP itu sebagai 'Kafir Harbi' adalah dalil yang boleh diguna pakai untuk menghukum Umno itu sendiri.
Apa rasa Umno jika Umno juga disamakan dengan DAP atas dalil Umno juga aktif sejak dahulu menentang Hukum Hudud? Tentunya ahli-ahli Umno merasa marah jika dikatakan sedemikian, tetapi mereka tidak merasa apa-apa jika label itu dikenakan kepada DAP. Inilah politik paling bankrap Umno disaat mereka terdesak.
Media bangsat |
"Kafir Harbi" ini darah mereka halal buat umat Islam. Sedarkah Umno hal ini? Apakah DAP sekarang terlalu bahaya kepada umat Islam? Lihat apa yang Lim Guan Eng buat di P.Pinang, adakah pemerintahan Lim Guan Eng dari DAP sekarang ini telah mengancam umat Islam khususnya di P.Pinang? Cuba berikan dalil atau fakta semenjak bila MCA, Gerakan, MIC dan berbelas parti komponen di dalam Bn sekarang termasuk Umno itu sendiri yang secara jelas menyokong Hukum Hudud?
DAP tidak bersetuju dengan Hukum Hudud, tetapi pernahkah DAP membawa penentangan mereka melalui mahkamah atau tindakan menentang secara agresif? Cuba tanya pemimpin Umno pula, pernahkah mereka cuba menghalang Hukum Hudud ini dari dilaksanakan melalui kuasa yang mereka miliki? Jika ahli-ahli Umno lupa, cuba tanya Mahathir. Cuba tanya Zaid Ibrahim sewaktu beliau berada di dalam Umno dahulu adakah hukum ini pernah cuba dibawa ke mahkamah?
Sokong MCA harus, wajib, sunat? |
Maka bersalam dengan pemimpin dari Parti Komunis, hukum kita menyokongnya? |
DAP sedar PAS tidak pernah berganjak dari dasar Islamnya termasuk cita-cita untuk melaksanakan Hukum Hudud, tetapi DAP sehingga kini tidak berpaling dari kerjasama dengan PAS. Ertinya, DAP hanya menolak Hukum Hudud tetapi konsisten bersama PAS dan PKR menentang amalan rasuah dan berbagai bentuk kemungkaran yang lain. Berbeza dengan Umno, MCA, Gerakan dan MIC, mereka bukan sahaja konsisten menentang Hukum Hudud tetapi konsisten di dalam mengekalkan amalan rasuah dan berbagai bentuk salah laku di kalangan pimpinan mereka.
Amat jauh beza DAP dengan Umno, tetapi tidak sampai kita menghukum Umno itu sama seperti yang dihukum oleh Lebai Malang dari pondok Kelantan itu. Walaupun kita ada hujah dan fakta, tetapi di dalam menghukum Umno sehingga ke tahap itu bukan amalan kita berpolitik. Umno nampaknya tidak pernah berfikir betapa bahayanya propaganda meng'kafir harbi'kan DAP itu jika diteruskan. Media haprak dan bangsat Utusan Meloya tidak pernah bertanggungjawab terhadap keharmonian di dalam negara ini.
InsyaAllah, apabila kita berjaya ke Putrajaya nanti media seperti ini akan kita hukum dengan setimpal kerana perbuatan mereka amat jahat, jijik dan tidak bertanggungjawab samasekali./wfauzdin.blogspot.com
Monday, August 6, 2012
Kes Penamatan Pinjaman Pelajar Mesir; Fitnah Umno-BN Terengganu
KUALA TERENGGANU - Setelah menamatkan pinjaman sembilan orang mahasiswa Mesir dengan zalim, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menabur fitnah dan mengelirukan rakyat.
Pada 18 Mac, sebuah akhbar tempatan melaporkan kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam mahasiswa lelaki yang ‘kononnya’ didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi.
Keenam-enam mahasiswa yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu dijatuhkan hukuman bersalah hanya kerana beberapa keping gambar memakai baju BERSIH, ‘tanpa dipanggil untuk dibicarakan dan diberi peluang untuk membela diri’.
Tindakan menghukum pelajar tersebut ekoran perisytiharan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein yang mengharam kan BERSIH.
Sebaliknya mahkamah pada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai sebuah pertubuhan haram.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak masuk akal kerana setelah menggelarkan gabungan itu sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu, kemudiannya membiarkan pertubuhan itu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun sama.
Justeru sepatutnya penamatan pinjaman yang diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu ‘terbatal’ kerana demonstrasi BERSIH adalah tidak salah di sisi undang-undang.
Sehubungan itu, pada 30 Julai lalu, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah telah menggesa Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said, Kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu supaya menyambung semula pinjaman pelajaran yang telah ditamatkan ke atas sembilan orang mahasiswa yang sedang menuntut di negara Mesir
Beliau berkata, keputusan kerajaan menamatkan pinjaman tersebut adalah berdasarkan gambar yang menunjukkan mahasiswa itu terbabit dengan Himpunan Aman Bersih yang dituduh sebagai 'haram dan kotor’.
Namun begitu, Umno-BN Terengganu telah ‘menangguk di air yang keruh’ dengan mempolitikkan tindakan salah seorang mahasiswa, Muhamad Hasyim yang membuat rayuan bagi mendapatkan semula hak beliau yang telah dinafikan Yayasan Terengganu.
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dalam kenyaataannya semalam telah melahirkan sekali lagi rasa simpati kepada sembilan mahasiswa yang menjadi mangsa penamatan pinjaman oleh Yayasan Terengganu itu.
Sejak dari awal kes penamatan pinjaman tersebut, PAS berusaha pelbagai cara bagi mengembali kan hak mahasiswa terbabit untuk melanjutkan pelajaran.
Menurut Setiausaha DPPNT, Zaidan Abdullah, PAS tidak pernah menghalang mana-mana dari sembilan mahasiswa tersebut untuk membuat rayuan kepada pihak yang menamatkan pinjaman itu.
Bahkan kata Zaidan, dalam beberapa perjumpaan dan pemberian sumbangan kepada bapa mahasiswa yang menjadi mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu, bapa Muhamad Hasyim, Che Ngah telah memaklumkan bahawa beliau akan meminta anaknya membuat rayuan.
Bayangkanlah, dimanakah seorang bapa seperti Che Ngah berupaya mendapatkan baki lebih RM100,000 bagi mengongkosi perblenjaan Muhamad Hasyim yang menunjut dalam jrusan perubatan.
Menurut laporan, sebanyak RM170,000. daripada RM RM301,144 telah dibelanjakan bagi Muhamad Hasyim menamatkan pengajian perubatannya.
Namun begitu, tanpa rasa kemanusiaan dan belas kasihan, Umno-BN memanupulasikan perjumpaan Muhamad Hasyim Che Ngah dengan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said pada 3 Ogos lalu.
Akhbar-akhbar dan media Umno-BN tidak segan silu menjadikan ‘kesukaran dan kepayahan’ Muhamad Hasyim sebagai modal politik menyokong tindakan zalim Umno-BN.
Tidak cukup sekadar itu, secepat kilat pula ‘blog-blog’ upahan Umno-BN membuat fitnah, kononnya PAS tidak menyampaikan derma sumbangan orang ramai kepada mahasiswa terbabit.
Sedangkan menurut Zaidan, sumbangan sebanyak RM3500 kepada setiap mahasiswa telah pun diserahkan melalui keluarga masing-masing secara berperingkat.
“Muhamad Hasyim tidak tahu, ayahnya Che Ngah tidak memberitahu beliau kerana Muhamad Hasyim berada di Mesir,”kata Zaidan.
[Gambar - beberapa majlis yang diadakan oleh DPPNT menyampaikan sumbangan kepada bapa pelajar mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu yang diadakan sejak program Pntas Pemuda di Manir pada Mac 2012]
Menurutnya, DPPNT masih terus berusaha bagi mendapatkan sumbangan pelbagai pihak bagi disalurkan kepada pelajar-pelajar terbabit. InsyaAllah, di hujung Ramadhan ini sebanyak RM1000 lagi akan diserahkan bagi meringankan beban mereka.
Justeru, katanya, sumbangan terhadap pelajar terbabit boleh dilakukan melalui akaun MAYBANK ISLAMIC bernombor 5630 6411 3873 atas nama DANA TA'AWUN DPPNT
Buletin Online
Royalti minyak: Mahkamah Rakyat bakal penentu
Dr. Syed Azman Syed Ahmad, |
Isu ini mula timbul sebaik sahaja PAS berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke 11 tahun 1999.
Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu dan menggunakan kaedah baru yang dikenali “Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan” tanpa menyalur terus kepada kerajaan negeri lima peratus royalti petroleum.
Malahan Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan”.
Lebih malang lagi ada menteri dan pimpinan Umno negeri Terengganu sendiri yang sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas hanyalah merupakan suatu MOU sahaja.
Begitu juga apakah yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri PAS Kelantan.
Kalangan kepimpinan Umno juga menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan.
Malahan menurut pimpinan Umno, dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.
Sebab itulah Kelantan hanya layak menerima "wang ehsan" sebanyak RM20 juta setahun yang disalurkan terus kepada rakyat Kelantan melalui ajensi kerajaan pusat iaitu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Dalam pertikaian isu royalti ini, kerajaan PAS Terengganu telah menfailkan saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan kerajaan Persekutuan untuk menuntut kembali royalti minyak berdasarkan kepada perjanjian yang di tandatangani pada tahun 1975.
Bayaran tersebut perlu dibuat mengikut Akta Petroleum 1974 yang membolehkan setiap negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.
Kerajaan Pas Kelantan di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz turut memfailkan saman terhadap Petronas bagi menuntut tunggakan pembayaran royalti dan bayaran masa hadapan bagi hasil petroleum yang diperoleh di luar pantai negeri berkenaan yang tidak dibayar sejak 2004.
Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.
Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperolehi itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri.
Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun serta berniat meyiksa rakyat yang telah memberi mandat kepada PAS memerintah negeri.
Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum rakyat Terengganu dan Kelantan yang 96 peratus adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Namun apa yang telah berlaku di negeri Terengganu adalah merupakan suatu pengajaran besar kepada seluruh rakyat Kelantan yang cintakan keadilan.
Sepanjang wang royalti Terengganu di rampas oleh kerajaan Persekutuan Umno/BN dan diletakkan dibawah ‘Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan’ negeri Terengganu sepatutnya berhak menerima royalti berjumlah lebih dari RM15.4 billion dari tahun 2000-2009.
Malah jika diperincikan perbelanjaan ‘wang Ehsan’ yang diuruskan Kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh 11 tahun royalti yang di nafikan kepada kerajan Terengganu, mereka berbelanja berbilion-bilion semewah-mewahnya melalui projek-projek seperti pembinaan Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Monsoon Cup serta Stadium Sultan Mizan yang runtuh bumbungnya. Begitu juga dengan pembinaan Zoo di Kemaman yang menelan belanja RM100 juta.
Wang ihsan yang kononnya untuk membantu golongan miskin seperti nelayan, petani, penarik beca di Terengganu di jaja secara meluas sehinggakan rakyat Terengganu di perangkap dan terpenjara dengan ‘budaya subsidi’ Umno/BN.
Rakyat terus dihimpit kemiskinan dan Trengganu mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi iaitu 17.3 peratus dengan rakyatnya kebanyakannya hidup miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, walaupun pendapatan per kapita Terengganu adalah yang kedua tertinggi di seluruh negara.
Umno/BN telah sejak berpuluh tahun melakukan sabotaj dan menganak-tirikan kerajaan pimpinan PAS. Mereka sanggup mencabul prinsip demokrasi berparlimen dan konsep Federalisma walaupun bertentangan dengan perlembagaan negara kita sendiri.
Namun, ‘Mahkamah rakyat’ yang akan menjadi penentu. Biarlah rakyat yang menjadi hakim dan membuat penghukuman terhadap siri kezaliman pemimpin-pemimpin Umno/BN terhadap pemerintahan Tok Guru di Kelantan sekarang ini.- Hrk.
Sunday, August 5, 2012
HOT!!! Spekulasi... 4 MP dan 6 ADUN Lagi akan Keluar BN.....
Spekulasi Kencang lebih ramai MP dan Adun di Sabah yang akan keluar BN hangat diperkatakan di Media kini terutama FB. Walaupun berita ini dinafikan oleh pihak BN Sabah tetapi kehadiran Najib ke Sabah pada 11hb.Ogos ini membuatkan kekecohan politik Sabah kian panas. Kita lihat perkembangan ini pada 12hb. Ogos apabila Datuk Seri Anwar telah mengeluarkan kenyataan satu " Berita Baik " dari Sabah.
Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.
Termasuk seorang ahli Parlimen yang bermasalah Sebelum ini, Ahli Parlimen Silam yang Pro-Shafie Apdal, Dr (Palsu) Haji Salleh Kalbi melakukan kesalahan disiplin apabila hadir dan berucap di Majlis SAPP yang ketika itu telah keluar daripada Barisan Nasional.
Barisan Nasional Sabah tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Salleh melainkan tidak memilih beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional Silam seperti tradisi BN sebelum ini yang melantik Ahli Parlimen sebagai Pengerusi BN Parlimen berkenaan.
Salleh kini mula berjinak dengan Pakatan Rakyat kerana telah menyumbang dana kepada Ketua Cabang PKR, Johani Abdul Halim; malah mungkin terpaksa menjilat ludahnya yang sebelum ini menjenamakan Anwar Ibrahim sebagai 'Kereta Terpakai'.
Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya.
Sumber: Kedahkini
PAS KEDAH - Tenang Di Luar Tsunami Di Dalam..!!!
oleh Mat Alishah
Jika sesiapa ada mengikuti perjalanan urusan gerak kerja PAS Kedah sejak beberapa menjak ini sudah tentu anda akan merasa ada satu pertembungan yang bisa mengjadi Tsunami jika tidak di bendungnya... Bermula dari kisah EXCO menolak jawatan sehingga tiba ke budaya cantas mencantas Timb Presiden PAS bertanding di Parlimen Pendang yang dikatakan wujud bebarapa hari lepas.
Dalam waktu yang sama ada satu pertembungan ideologi dan pendedahan masalah dalaman ke alam maya oleh beberapa orang facebooker untuk menegak hujah masing-masing bagi membuktikan mereka di pihak yang benar.
Tidak perlu di senaraikan siapakah mereka-mereka itu tetapi jika anda ada facebook dan bersahabat dengan pimpinan serta yb-yb insya'allah sudah tentu anda dapat follow tag yang mereka letakan di wall-wall facebook mereka....
Walaupun beberapa hari lepas s/u PAS Pusat ada membuat kenyataan bahawa semua itu berita alam maya sahaja namun di sebaliknya ia dilihat seperti ada benda tak kena dalam susun atur pentadbiran PAS Kedah... pihak ini cakap lain pihak satu lagi cakap lain...tetapi semua ini hanya berlegar di alam maya facebook sahaja....pertembungan kedua pihak ini dengan hujah masing-masing dengan pakat-pakat mengeluarkan hujah jika dilihat hari demi hari ia semakin melondehkan kehuduhan budi dan tatasusila kelaku insan-insan yang berjuang di atas nama PAS...Dalam waktu yang sama ada satu pertembungan ideologi dan pendedahan masalah dalaman ke alam maya oleh beberapa orang facebooker untuk menegak hujah masing-masing bagi membuktikan mereka di pihak yang benar.
Tidak perlu di senaraikan siapakah mereka-mereka itu tetapi jika anda ada facebook dan bersahabat dengan pimpinan serta yb-yb insya'allah sudah tentu anda dapat follow tag yang mereka letakan di wall-wall facebook mereka....
Penuh dengan ayat maki hamun dan sumpah seranah sampai ada yang keluar bahasa dalam kain untuk menunjukan hujah mereka itu betul untuk audion sekeling memikirkan siapa betul siapa salah.....
Jika dahulu masalah EXCO & MB di selesaikan secara dalaman dan tiada siapa yang tahu nampaknya isu 'cantas' yang dikatakan ini semakin hari semakin mendedahkan apa yang berada di sebaliknya itu....ia terdedah kerana masih2 berhujah menggunakan wall facebook masing-masing dimana semua orang bola baca dan print screen isu yang didedahkan itu....sudah menjadi tatapan umum biarpun kawan atau lawan
Sinopsis isu cantas ini wujud apabila satu pihak menyatakan ada satu pihak lagi cuba menolak keputusan yang di keluarkan oleh PAS Kwsn Pendang untuk memilih Timb Presiden sebagai calon PAS di Parlimen Pendang. Golongan yang menolak Timb Presiden telah dikatakan ada membuat surat sokongan dan menyuruh setiausaha kawasan menandatangani surat tersebut untuk menolak Timb Presiden bertanding untuk di bawa ke pusat bagi menyatakan bahawa majority penduduk Pendang menolak usul tersebut. Sedangkan keputusan untuk memberi Timb. Presiden bertanding adalah sebulat suara datang dari 'Mesyuarat PAS Kwsn Pendang'.
Bermula detik isu tersebut terdedah di Malaysiakini nampaknya peperangan di wall facebook semakin panas dan melalut kerana hujah sudah tak ada tetapi maki hamun yang keluarnya...yang nie deje yang nu haram jadah yang nie pelaq yang nu butoh... budaya apa ini..adakah ini budaya dan cermin budi pekerti pejuang-pejuang yang dikatakan berjuang atas nama ISLAM. Masalah sekarang dari kelakuan segelintir golongan-golongan ini kami yang berada dalam perjuangan merasa tempiasnya...
Jangan ingat apa yang di katakan dan ditulis itu semua rakyat tak follow.. Jika ada pihak mengatakan sudah ada bukti atas golongan Pengkhianat ini ayuh tunggu apa lagi bawa sahaja isu ini ke pengetahuan PAS PUSAT untuk di hadap ke Jawatankuasa Lembaga Disiplin, kita kasi tendang keluar sahaja tak usah di maki hamun di facebook kerana persepsi yang dilihat sekarang bukannya Isu pengkhianat tetapi isu tatasusila kita yang berdiri atas nama PAS... orang luar akan lihat kehudohan kita dalam menyelesaikan masalah.... Bekas Naib Presiden merangkap EXCO pun boleh di tendang keluar jika melakukan kesalahan inikan pula golongan yang kecil-kecilan dalam parti..jadi jika anda yakin sudah ada bukti akan yg di katakan PENGKHIANAT itu ayuh bawa ke lembaga disiplin parti... begitu jugak pada golongan yang di katakan pengkhianat itu jika anda ada bukti dalam isu maka dedahkanlah kepada lembaga disiplin..
Oleh itu di harap kepada dua-dua pihak ini supaya menegakkan hujah anda di atas saluran yang sebenarnya iaitu bawalah ke AJK Disiplin PAS PUSAT.. ini kerana masing-masing mengaku ada bukti maka bawalah bukti tersebut dan londehkan semuanya di channel yang betul bukannya di alam maya aka facebook...
Kami letih lihat kelaku hangpa dalam facebook nie....biarlah NAJIB sahaja menggunakan budaya maki hamun seprti ayat HARAM JADAH nie... Jika kita pun dok sebut ayat yang sama maka kita pun boleh dikatakan 2X5 dengan NAJIB sahaja.... biarlah post dan tag kita di facebook nie adalah kena pada sasarannya.. ....iaitu sasaran menjatuhkan UMNO BN untuk pru13 nanti......
KedahLanie.info
Ambil Pengajaran Daripada Bernas
Oleh Mazlan Aliman
Dulu Lembaga Padi dan Beras Negara kini Padiberas Nasional Bhd(BERNAS). Asalnya milik penuh Kerajaan yg sgt strategik terhadap sekuriti makanan negara.
Bila dikorporatkan dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Msia pada ogos 1997, pegangan Kerajaan menyusut begitu rendah. Firma pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co Ltd muncul pemegang saham tunggal terbesar iaitu 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.
Kerajaan BN pertaruhkan soal sekuriti makanan kpd sykt asing semata2 fikir untung. Inilah transformasi agaknya. Lepas Bernas, Felda...lepas tu Felcra dan Risda. Jual lah semuanya pada sykt luar...
Dlm Perhimpunan Agong UMNO, berdegar2 berbicara soal melayu...
UMNO mesti jadi tunggak orang melayu, kepentingan institusi melayu.
Pergi Luar Negeri, gadai semuanya; sebab apa...boleh masyukkkkk!!!
Kata Ibrahim Pendek...lihat, sape yang kena!
Sumber: Selatan Online
Dulu Lembaga Padi dan Beras Negara kini Padiberas Nasional Bhd(BERNAS). Asalnya milik penuh Kerajaan yg sgt strategik terhadap sekuriti makanan negara.
Bila dikorporatkan dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Msia pada ogos 1997, pegangan Kerajaan menyusut begitu rendah. Firma pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co Ltd muncul pemegang saham tunggal terbesar iaitu 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.
Kerajaan BN pertaruhkan soal sekuriti makanan kpd sykt asing semata2 fikir untung. Inilah transformasi agaknya. Lepas Bernas, Felda...lepas tu Felcra dan Risda. Jual lah semuanya pada sykt luar...
Dlm Perhimpunan Agong UMNO, berdegar2 berbicara soal melayu...
UMNO mesti jadi tunggak orang melayu, kepentingan institusi melayu.
Pergi Luar Negeri, gadai semuanya; sebab apa...boleh masyukkkkk!!!
Kata Ibrahim Pendek...lihat, sape yang kena!
Sumber: Selatan Online
Saturday, August 4, 2012
Bongkar!! Bukti Najib Dan George Kent Berbohong
KUALA LUMPUR 3 Ogos: Pembohongan Pengarah Eksekutif George Kent, Cheong Thiam Fook mengenai kelayakannya memenangi bidaan kontrak penyambungan LRT Ampang didalangi Perdana Menteri, kata Rafizi Ramli.
Membidas pembohongan ini, Pengarah Strategi KEADILAN itu ada bukti konsortium tersebut gagal memperoleh bidaan sekaligus menghina proses berkenaan dan perolehan negara.
“Pembohongan George Kent (mengatakan) beliau lulus semua penilaian dan mematuhi syarat-syarat menghina semua proses dan prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara. Ia juga membayangkan bahawa proses dan prosedur ini tidak berfungsi dan berkesan sehingga langsung tidak dihormati oleh pembida.
“Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu (Datuk Seri) Najib (Razak) kepada syarikat itu. George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih,” katanya pada kenyataan.
Cheong sebelum ini berbohong mengatakan konsortium berkenaan memenangi bidaan itu kerana lulus penilaian kewangan dan semua syarat serta mematuhi kontrak.
“Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan tiga dari lapan pembida (3/8).
“Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Oleh itu, Prasarana (Negara Berhad) memutuskan George Kent gagal dalam penilaian kewangan.
“Malah George Kent juga tidak mematuhi syarat-syarat kontrak termasuk membuat permohonan agar beberapa syarat seperti “bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan” disemak kembali,” jelas Rafizi.
Syarikat George Kent lemah, tercorot
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, adalah mustahil anugerah itu berjaya diperolehi George Kent kerana konsortium tersebut berada di tempat ketiga tercorot daripada segi teknikal.
“Markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal. Dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow menyatakan tidak yakin George Kent boleh melaksanakan projek itu.
“Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Najib sendiri. Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini,” terang Rafizi.
Tambah Rafizi, adalah membimbangkan apabila George Kent bersikap ‘besar kepala’ apabila berani membuat kenyataan sehingga membelakangi Kumpulan Prasarana.
“(Ia) Membayangkan ‘lesen besar’ dipunyai George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana.
“Ini menimbulkan persoalan di manakah kemampuan Prasarana kelak untuk memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui,” katanya.
Oleh Norutul Ilham
Sumber: MB Online
Subscribe to:
Posts (Atom)