Ia memang pembelian yang tidak sesuai kerana peraiaran negara bersifat cetek, dan lebih buruk lagi, adalah berikutan skandal komisen haram yang berakhir dengan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibu, membayangi Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walaupun musuh ketat Baginda tidak boleh membayangkan dia mempunyai keberanian atau keupayaan untuk meyakinkan Najib, yang pada ketika itu adalah Menteri Pertahanan yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dengan mengambil bahagian dalam apa yang pada dasarnya merupakan penipuan secara besar-besaran.
Kecualilah Najib sendiri mahu dipujuk atau mungkin juga mencadangkan satu skim bagi Baginda untuk selidiki dan laksanakan!
Bagaimana pula dengan Altantuya? Baginda boleh dipujuk Najib untuk meminjam dua pengawal peribadi untuk membunuh si cantik pemeras ugut itu, dan kemudian mengebom tubuhnya dengan bahan letupan C4 agar pengenalan tidak boleh dilakukan? Siapa yang tahu cerita sebenar, mungkin hanya pembunuh Altantuya sahaja yang tahu. Masalahnya ialah mereka tidak mahu bercakap. Atau mungkin mereka tidak bersedia untuk meniup wisel itu lagi.
Lelaki lembut
Satu perkara yang pasti. Kedua-dua Najib dan Baginda adalah lelaki 'lembut' - hidup untuk mengejar keseronokan mereka sendiri dengan agenda mementingkan diri sendiri. Bolehkah lelaki 'lembut'menjadi kejam apabila hidup mereka terancam? Sekali lagi, sukar untuk dikatakan.
Walaupun demikian, pada tahun 1970-an, apabila Najib mengambil-alih sebagai Ahli Parlimen Pekan selepas kematian bapanya, tiada seorang pun rakyat Malaysia pernah berfikir yang lelaki muda tinggi lampai dan pemalu ini mampu mengarahkan polis untuk menganiaya penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam Bersih baru-baru ini.
Atau adakah sesiapa pernah terfikir dia akan mampu membuat ucapan, berikrar untuk memandikan 'keris' dengan darah Cina sebelum Ops Lalang dijalankan oleh Mahathir Mohamad ke atas pembangkang dan pemimpin pembangkang?
Namun, siapakah Razak Baginda kepada Najib, kuatkah pengaruhnya? Sebenarnya, Baginda tidak berpengaruh langsung dan tidak mempunyai sebarang pertalian dengan Najib atau pemimpin tertinggi UMNO. Dia bukan juga seorang ahli perniagaan besar mahupun boss penjenayah. Kedua-dua lelaki ini tidak kaitan mahupun pernah menjadi rakan sekolej atau teman sekolah.
Malah, Baginda dan Najib tidak pernah berjumpa sehingga Najib menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 1991 dan Baginda menyertai Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia sebagai pensyarah, di mana dia akhirnya menjadi ketua bahagian pengajian strategik. Apabila Najib meninggalkan Kementerian Pertahanan pada tahun 1995 untuk Kementerian Pelajaran, hubungan mereka menjadi rapat. Baginda menjadi orang kepercayaan Najib, manakala isterinya Mazalinda dan isteri Najib, Rosmah juga menjadi rapat.
Tetapi jangantersilap. Baginda boleh hidup tanpa Najib, walaupun dia menikmati hidup sebagai teman rapat dengan tokoh politik yang terkenal itu. Najib yangsebenarnya diperlukan persahabatan ini. Yang pasti, Najib mahu memanfaatkan kepandaian Baginda. Baginda bukan hanya pakar strategi pertahanan, dia kemudian juga mengetuai cerdik pandai - Institut Penyelidikan Strategik Malaysia, yang secara amnya diketahui dibiayai oleh Najib dan direka untuk menaikkan kerjaya politiknya.
Pemimpin UMNO wajib memiliki banyak wang untuk kekal berkuasa
Selepas kehilangan jawatan timbalan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim, suasana politik tiba-tiba berubah pada lewat tahun 90-an apabila bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memutuskan untuk memecat Anwar daripada UMNO dan ini membuka ruang kepada Najib.
Untuk membalas jasa kepada Najib kerana sokongannya dalam tempoh huru-hara pemecatan Anwar, yang kini telah menjadi Ketua Pembangkang, yang juga pernah dipenjarakan, Mahathir mula menyediakan Najib untuk jawatan Perdana Menteri. Tetapi ia tanpa syarat, Najib juga terpaksa memainkan peranan dalam persediaan untuk ke kerusi Perdana Menteri. Untuk mendapatkan jawatan tertinggi itu dan memastikan dia dapat melawan pencabar, Najib tahu dia perlukan banyak wang.
Itu permainan politik dalam UMNO. Banyak wang untuk membeli sokongan dari atas ke bawah untuk cawangan dan semua cara untuk bahagian, negeri, sayap pemuda dan wanita. Sekarang, di mana dan bagaimana untuk mendapatkannya?
Orang yang mengikuti skandal Scorpenes berkata Najib telah memikirkan satu cara apabila dia menjadi Menteri Pertahanan dan membincangkannya dengan Baginda, yang mempunyai pengetahuan tentang ketenteraan di mana pemerolehan senjata di arena antarabangsa boleh menjana banyak wang daripada rasuah dan komisyen.
Sebagai contoh, telah diketahui bahawa di Taiwan; Thales, sebuah syarikat Perancis, dahulunya Thompson-CSF, telah menjual 6 kapal frigat kelas 'stealth' La Fayette -binaan DCN untuk harga yang mahal iaitu AS$2.8 bilion pada tahun 1992, menjadikan seluruh dunia terkedu, manakala tentera Pakistan telah membeli 3 kapal selam Agosta 90 B pada tahun 1994 dengan cara yang tidak sunyi daripada kontroversi.
Kenapa Baginda?
Pembelian Scorpenes oleh Malaysia dari DCNS telah dikendali oleh Razak Baginda. Kenapa dia dan bukan ahli korporat terkemuka yang lain?
Sesetengah penganalisis politik berkata Najib sedar bahawa sebelum ini perdana menteri UMNO telah menggunakan kroni dan proksi untuk skim menjana wang. Tetapi 'bintang' dan peneraju korporat kadang-kadang boleh membawa risiko dan orang yang boleh dipercayai seperti Baginda untuk menguruskan aliran wang mungkin cara yang lebih sesuai bagi Najib. Sekiranya dakwaan terhadap Najib adalah benar, tentu dia mahu mengawal dana dan memastikan ini boleh dicapai.
Perjanjian Scorpenes dipercayai telah dibawa ke meja sejak zaman bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin tetapi telah dibekukan selepas Daim bergaduh dengan Mahathir. Apabila Najib kembali kepada Kementerian Pertahanan, dipercayai bahawa Mahathir bersetuju untuk melakukan semula transaksi. Dan seperti dua pelajar sekolah, Najib dan Baginda didakwa merancang bagaimana untuk mendapat manfaat daripada perolehan yang besar seperti itu. Walaupun si Rosmah yang licik tidak tahu akan perkara itu pada awalnya begitulah spekulasinya.
Bagi Altantuya, dia pada dasarnya tidak mempunyai kemahiran khusus dan bukanlah seorang penterjemah yang baik. Dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada skim ini - hanya wajah yang sangat cantik dan objek seksual bagi kedua-dua lelaki. Kerana bersama dengan Baginda, dia mengetahui akan transaksi Scorpenes, kemudian cuba memeras ugut Baginda untuk mendapatkan sedikit wang haram yang dibayar oleh DCNS. Untuk rekod, Baginda telah mengaku sebagai kekasih manakala Najib bersumpah tidak pernah kenal dengannya sama sekali.
Sementara itu, mungkin untuk memastikan perkara ini kekal rahsia, Baginda membuat ahli keluarga terlibat sama. Beberapa entiti perniagaan telah diwujudkan seperti Perimekar yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat lain, KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang seterusnya juga dipunyai oleh Baginda dan isterinya. Dan untuk mengalihkan sedikit wang lagi, Baginda telah mencipta satu lagi syarikat, iaitu Terasasi Sdn Bhd (di Hong Kong) dengan Malim, bapanya sebagai pengarah.
Mungkin, pada pemikiran mereka, dengan Menteri Pertahanan yang bakal menjadi Perdana Menteri terlibat sama, bagaimana sesuatu yang teruk boleh berlaku? Walaupun mereka telah ditangkap, mereka pasti terlepas! Ia adalah skim'sempurna' mereka sendiri tetapi sedihnya, tidak diketahui oleh kedua- dua isteri Najib dan Baginda bahawa mereka mempunyai hubungan dengan Altantuya dan tidak diketahui pula oleh semua mereka, Altantuya tidak memberi dirinya kepada lelaki secara percuma.
Ditangkap basah
Apabila si cantik berusia 28 tahun mendapati bahawa perjanjian Scorpene telah berjaya dan Perimekar telah menerima komisen yang dipersetujui, Altantuya dapat mencium wang itu walaupun dari Mongolia.
Dia membuat keputusan untuk mendapatkan sesuatu untuk dirinya dan datang ke Malaysia. Sama ada dia telah benar-benar dijanjikan bahagian itu adalah sukar untuk dikatakan. Mengapa mereka tidak membayarnya sahaja? Adakah ia kerana Rosmah cemburu? Tetapi bagaimana orang yang begitu licik dan kedekut boleh menjadi begitu emosi? Apakah pencetusnya?
Sekali lagi, rakyat Malaysia dan dunia akan terpaksa menunggu sebelum titik boleh dihubungkan dan gambar akan lengkap. Apa pun yang benar, Altantuya telah mengugut Baginda, mengancam untuk mendedahkan hubungan seks bersama Baginda dan Najib. Shaariibuu Setev, ayahnya telah berkata, dia mempunyai gambar mereka bertiga bersama-sama sebagai 'bukti'.
Sekarang, Altantuya membawa masalah kepada Baginda dan Najib. Masalah besar yang terpaksa diuruskan kerana harapan Najib untuk menjadi Perdana Menteri akan berakhir dengan kegagalan jika diketahui perihal ini. Tetapi apa yang perlu dilakukan? Bagaimana untuk bertindak balas? Kemungkinan ini tidak pernah difikirkan oleh dua lelaki ini dan mereka umpama ditangkap basah, oleh itu mereka panik dan bertindak dengan terburu-buru.
Apabila Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan sepupunya Burmaa Oyuchimeg, dia melantik seorang penyiasat persendirian untuk membantunya menjejaki Baginda. Altantuya mempunyai saksi dan rekod-rekod lain untuk mengesahkan kehadirannya di Malaysia walaupun maklumat dalam komputer Imigresen menunjukkan dia tidak pernah memasuki negara ini.
Ini benar-benar telah merumitkan kehidupan Baginda. Penculikan dirinya telah dilakukan oleh ejen dari Cawangan Khas Malaysia pada siang hari di hadapan rumah Baginda - walaupun ada saksi-saksinya. Demikian sungguh terdesak Baginda. Media Malaysia tidak menyiarkan butir-butir lengkap, tetapi media asing ada.
Pemandu teksi gagalkan rancangan sempurna
Seperti biasa, dalam operasi rahsia, butiran kecil paling penting. Keseluruhan operasi gagal kerana tidak membayar tambang teksi Altantuya. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak puas hati bagaimana penumpangnya telah diculik di depan matanya tanpa membayar tambang. Dia mencatat nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat aduan di sebuah balai polis. Ini mengesahkan bahawa kereta penculik adalah kereta kerajaan, dan turut membabitkan pemiliknya.
Najib dikatakan terlalu terkejut untuk berfikir dengan jelas. Baginda memutuskan untuk mengupah pihak ketiga bagi membantu iaitu penyiasat persendirian -P Balasubramaniam telah dibawa masuk untuk mencari beberapa fakta kerana mereka tidak mempunyai masa yang cukup. Perjanjian Scorpene keseluruhan boleh tersebar. Ia adalah terlalu besar untuk dikendalikan dan terlalu berisiko pada ketika itu bagi politik di Malaysia terutamanya UMNO dan Najib. Jika wang dijejak , ia membawa kita kepada kedua-dua Najib dan Baginda.
Najib dipercayai mengamanahkan perkara itu kepada setiausaha sulitnya, adikong Musa Safri untuk melakukan apa sahaja yang perlu. Ia telah dilaporkan bahawa Rosmah, kerana ingin tahu, merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan tekaannya bahawa suaminya berada dalam masalah besar ternyata benar. Mungkin dia berleter tanpa henti, walau apa pun bakal PM ini dikatakan terpaksa menceritakan segalanya kepada isterinya.
Sekarang - ia telah disahkan oleh orang-orang kampungnya sendiri - Rosmah bukanlah seseorang yang boleh dipermainkan. Dia amat kejam –tiada siapa boleh mempertikaikannya. Tetapi adakah dia memburu Altantuya sendiri? Adakah dia dan 2 pengawal peribadi arahan Najib, Sirul Azhar dan Azilah Hadri, dan juga pembantunya sendiri yang juga merupakan orang tentera Norhayati dan Aziz Buyong menolongnya menyelesaikan masalah dengan Altantuya?
Hanya mereka tahu dan tidak akan memberitahu. Belum lagi nampaknya. Jika Altantuya masih hidup, dia boleh menjadi saksi dalam mana-mana kes mahkamah berhubung skandal itu. Penglibatannya telah membuat perkara ini lebih kompleks dan teruk bagi kerajaan Malaysia kerana perkara itu akan dibawa ke arena antarabangsa. Publisiti ini jelas akan memburukkan lagi pemimpin-pemimpin Malaysia.
Ternyata, Altantuya dibunuh dan mayatnya telah dimusnahkan dengan C4 pada 18 Oktober 2006 di kawasan hutan terpencil di Shah Alam di pinggir Kuala Lumpur.