Friday, September 7, 2012

Usah melatah isu Sang Saka Malaya


Ahmad Lutfi Othman

 Sambutan kemerdekaan negara kita memang tidak sunyi daripada polemik. Sumbangan para pejuang yang berhempas-pulas menghalau penjajah dengan darah dan air mata turut menjadi pertikaian. Umno mahu membolot legasi perjuangan mulia itu; seolah-olah ia sahaja berperanan membebaskan watan tercinta.

Tahun lalu heboh kontroversi Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dilanyak Utusan Malaysia berminggu-minggu tanpa diberi peluang membela diri. Di peringkat awal, PAS nampak tersudut ke penjuru kelam, kononnya  tidak langsung menghargai pengorbanan pasukan keselamatan, sekali gus mengagungkan "wira komunis".

Bagaimanapun, tanpa dirancang, minat masyarakat untuk menelusuri jejak perjuangan membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajahan British meningkat dengan drastik sekali. Naluri ingin tahu fakta sebenar membuak. (Secara peribadi, saya yakin, apa jua kontroversi, jika disorot melalui tradisi keilmuan yang segar dan mantap, pastinya mendatangkan manfaat buat semua).

Satu Wacana Merdeka, yang dianjurkan Jabatan Sejarah Universiti Malaya, pada 23 September 2011, di Dewan Uliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM, mendapat sambutan memberangsangkan. Saya yang masih bertongkat, terpaksa hadir awal dan mendaftar sebelum jam 8 pagi, bimbang tidak mendapat tempat.

Sejarah, yang sering dianggap pengulangan cerita lama yang membosankan, tiba-tiba menggamit minat luar biasa masyarakat awam. Dari sisi lain, sekurang-kurangnya pusara anggota polis yang terbunuh di Bukit Kepong itu, tidak lagi terbiar. Ramai cuba mempamerkan simpati. Dan lebih penting, sehubungan itu, nasib pesara pasukan keselamatan, menjadi perhatian istimewa pemerintah, dengan menawarkan beberapa insentif menarik.


Ya, segalanya dimulakan oleh ceramah Mat Sabu di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011. Rahmat terselindung -- ramai juga  (khususnya bekas polis dan tentera) mendapat manfaat atau "durian runtuh" ekoran kalimat yang dilihat kontroversi itu!

Seterusnya, soal yang berlegar sekitar pentafsiran sejarah itu, bukan sahaja disinggung tokoh akademik dan Majlis Profesor Negara, malah turut diheret ke mahkamah. Hakim diminta memutuskan isu berkaitan perdebatan proses kemerdekaan Tanah Melayu -- suatu dimensi yang sepatutnya terbuka untuk perkongsian lebih ramai khalayak.

Sememangnya proses pendakwaan kes jenayah di negara kita (bukan hanya Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA, yang digunakan sebagai senjata politik) sering menjadi alat atau perkakas siasah pemerintah apabila berdepan saingannya. (Saya terkenangkan Lim Guan Eng disumbat ke penjara selama hampir dua tahun melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dalam kes membabitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik, sedangkan ia lebih kepada pertarungan politik).

Terbaru, aksi beberapa anak muda yang mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" di Dataran Merdeka, menjelang detik 12 tengah malam 31 Ogos lalu,  secepat kilat dimanipulasi untuk mempamerkan "wajah hodoh" Pakatan Rakyat dan pemimpin Bersih. Rupanya kempen politik BN dalam sambutan 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati belum berakhir dengan himpunan besar-besaran di Stadium Bukit Jalil ....

Meneliti laporan media  (yang sentiasa menunggu bagai singa lapar untuk menghitam-legamkan wajah pembangkang, berdepan PRU13), dua insiden berbeda pada malam himpunan Janji Demokrasi itu cuba dihubungjalinkan dan dikaitkan dengan  Pakatan Rakyat.

Selain itu, penonjolan "Sang Saka Malaya" mahu disamakan dengan peristiwa memijak (dan tunjuk punggung) ke atas gambar Perdana Menteri, Najib Razak,  dan isterinya, Rosmah Mansor, serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Yusof. Pihak polis berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Hasutan (yang mahu dimansuhkan itu), Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

Pastinya setiap kita tidak dapat menerima aksi melampau, mencabuli akhlak dan tidak bertamadun memijak gambar Najib itu. Walaupun ramai berkongsi tekad dan keazaman yang tinggi untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib dalam PRU13, namun segalanya perlu dibuat melalui amalan demokrasi. Justeru, yang dituntut adalah sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih.

Sejak merdeka, pembangkang, khususnya PAS sebagai oposisi tertua, sentiasa dizalimi, dianiaya dan dinafikan hak sebagai parti berdaftar untuk bertanding di "atas padang yang sama rata".

Pemimpin dan aktivisnya bukan saja ditahan (sebahagiannya tanpa bicara), dibuang daerah, didiskriminasi serta melalui siri tribulasi dan mehnah  yang panjang, malah ada yang dibunuh, namun sistem pilihan raya yang serba tempang-kotor itu tetap dihormati. Mereka tidak pernah absen daripada menyertainya setiap kali diadakan.

Selama lebih lima dekad lalu, kesabaran dan toleransi  tinggi petugas PAS -- biarpun ditindas dan ditekan -- telah berjaya mewujudkan suasana aman-stabil yang berterusan. Ramai sarjana sejarah, termasuk di peringkat antarabangsa, menyanjung tinggi sikap berlapang dada pemimpin Parti Islam itu, sekali gus menolak pendekatan militan.

Saya sukar memahami motif Buletin Utama TV3, yang begitu kerap mengulangi rakaman aksi gambar Najib dipijak, seperti disaksikan 4 September lalu. Memanglah tujuannya untuk menanamkan rasa jelik kepada pelaku, yang mahu dikaitkan dengan penyokong Pakatan Rakyat, tetapi dengan ulangsiar berlebihan, ia boleh mengundang persoalan, mengapa marah sangat mereka terhadap Perdana Menteri? Rakyat kini bijak membaca dan menyelongkar apa yang tersirat, berbanding paparan tersurat.

Realitinya, tindakan pijak potret pemimpin bukan isu baru. Sepatutnya pihak polis bukan hanya bertindak segera dan pantas terhadap aksi pada sambutan ambang kemerdekaan itu, tetapi juga kepada deretan insiden yang jauh lebih tragis dan tersusun, termasuk mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap pemimpin dan penyokong Pakatan.

Dalam kenyataannya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta polis mengambil tindakan serupa terhadap pelaku yang memijak posternya, Mei lalu, yang turut melakukan upacara simboik pengkebumian di hadapan rumahnya. Begitu juga dengan "tarian punggung" di luar rumah Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan. (Lim juga dihina dengan penyerahan "kek tahi").

Ramai ingin tahu nasib laporan polis yang dibuat pemimpin Pakatan, yang diserang dan diganasi oleh samseng Umno dan Perkasa, ketika berceramah di seluruh negara, misalnya membabitkan Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Nurul Izzah.

Usah kukuhkan lagi imej buruk polis sebagai sebahagian perkakasan politik Umno yang amat memalukan itu. Seperti kata AJK PAS Pusat Pusat, Ustaz Idris Ahmad: "Semua rakyat memerhati dan berfikir, adakah pemimpin Umno yang bebal itu akan terus kebal?"

Meneliti kenyataan dua individu yang mengakui bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" dalam blog Singa Selatan, yang mendakwa tidak mewakili mana-mana parti politik, saya kira insiden itu -- seperti juga ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera -- yang kelihatan agak mengejutkan dan mempunyai elemen radikalisme, akan menimbulkan polemik berpanjangan dan tidak mustahil di hujungnya nanti merupakan "satu pencerahan yang produktif" tentang asal-usul perjuangan memerdekakan tanahair.

"Kami mewakili golongan anak muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya," tulisan itu dipetik.

Setelah menjelaskan inti perjuangan golongan kiri yang terawal memperjuangkan kemerdekaan seperti, KMM, PKMM, API, termasuk juga gerakan Islam Hizbul Muslimin, dirumuskan Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu. Beliau mengakui tujuannya mengibarkan bendera itu untuk memperingatkan orang ramai terhadap tokoh-tokoh pejuang seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Hj Muhammad dan Ustaz Abu Bakar Baqir.

Tiada mana-mana parti politik dalam Pakatan menyokong usaha mereka. Namun media Umno, seperti lazimnya, tanpa merujuk sumber sahih, cuba  mendakwa Pakatan akan menukar bendera. Anwar menekankan, "tiada niat untuk kita menukar bendera Malaysia." Ustaz Idris menjelaskan, "pemimpin Pakatan Rakyat menegaskan tidak pernah ada perbincangan langsung untuk menukar bendera, cuma yang ada hanya untuk menukar kerajaan."


Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mahu siasatan segera dibuat: "Perbuatan ini sangat tidak wajar dan satu pengkhianatan kepada kesepakatan yang diterima pakai rakyat Malaysia."

Polemik Sang Saka Malaya ini mengingatkan saya tentang buku Memoir Ahmad Boestamam, Merdeka dengan Darah dalam Api, terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (2004), yang menggabungkan tiga karya asal, Lambaian Dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan Tujuh Tahun Malam Memanjang.

Dalam bab "PKMM Menarik Diri dari Umno", Boestamam, dengan gaya ceritanya yang menarik, mengisahkan perjalanan sidang pertama Umno pada 1946, apabila wakil badan-badan gabungan diminta mengusul bendera atau lambang parti itu.

PKMM diwakili Ishak Hj Muhammad dan Boestamam sendiri. Ishak sebagai jurucakap membawa Sang Saka Merah-Putih, lambang PKMM sendiri, dan mengibarkannya dalam sidang itu, setelah mengemukakannya sebagai bendera Umno.

Keputusan pengundian menyaksikan usul PKMM itu dikalahkan hanya dengan satu usul yang mahukan lambang Umno seperti sekarang (masih Sang Saka Merah-Putih dengan tambahan lambang keris). Terdapat kira-kira 50 badan  dalam sidang itu dan setiap pertubuhan diberikan dua undi, manakala PKMM sahajalah "badan kiri".

Boestamam kemudiannya mengusulkan supaya PKMM, berdasarkan penolakan syornya tentang bendera itu, menarik diri keluar dari Umno. "Perbezaan pandangan politik antara Umno dengan PKMM," kata Boestamam, "sudah jelas jauh bertentangan. Sementara kita mahu kemerdekaan seratus peratus bagi Malaya, Umno hanya mahu kembali kepada status quo sahaja. Kerana perbezaan pandangan politik ini lambat launnya kita pasti akan berpisah juga dengannya ...."


Tanpa didorong keperluan untuk menukar bendera, saya masih tertarik dengan ulasan Hishamuddin Rais dalam Malaysian Insider: "Merah putih adalah motif Nusantara. Motif Melayu Raya, kerana itu bendera Umno, PAS, Singapura dan Indonesia semuanya menggunakan Sang Saka ... Tahun 2006, bendera Umno di nobat sebagai Sang Saka Bangsa, sila tanya pemuda Umno kerana mereka yang mencadangkan nama ini. Tanya Khairy Jamaluddin, dia senyap kerana dia tahu sejarah Sang Saka."

Bagi saya, usah melatah isu Sang Saka ini, apatah lagi mengenangkan masih banyak isu-isu kritikal yang perlu ditangani segera, misalnya kerakusan kroni Najib untuk memenuhkan tembolok dengan projek ratusan bilion, sebelum Putrajaya "dibebaskan" Pakatan dalam PRU13.

Beberapa insiden spontan, yang nampak menggemparkan (disensasikan media Umno) seperti mempamerkan Sang Saka Malaya oleh dua tiga anak muda itu tidaklah perlu dikutuk secara berlebihan. Ada baiknya juga jika kita memperuntukkan sedikit masa untuk menyelami jiwa mereka yang bergejolak itu, 'kan?


Sunday, August 19, 2012

Tuesday, August 14, 2012

Takkan sampai tara ni pemuda umno hina anak yatim

Mediaperak
“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) telah menganjurkan proram Tadarus dan Khatam Al-Quran peringkat nasional bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.”

Tajuk berita cukup best. VIP yang hadir juga cukup best. Tapi macam mana dengan layanan yang diberikan?

Aku bagi warning kepada seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat. Kalau aku nampak..gerenti hangpa naya aku katok.

Jangan sekali-kali hangpa buat benda macam ni. Dibawah ni adalah budaya Melayu Umno. Sapa-sapa juga dari Pakatan Rakyat yang buat benda macam kat bawah ni, depa juga tergolong didalam puak-puak Umno.
Meja Anak Yatim (Sebelum berbuka)
 
Meja untuk VIP (sebelum berbuka)
 
Meja Anak Yatim (Nak berbuka)
 
Meja VIP sewaktu berbuka.
Aku setuju dengan blogger APA. Tolong tunjukkan gambar anak-anak yatim sedang makan. Tak kan depa makan kuih dalam bekas plastik dan air mineral saja.

Monday, August 13, 2012

UTUSAN MEDIA BANGSAT YANG BAKAL DIHUKUM

Oleh:  WFAUZDIN NS


MENGAPA istilah 'Kafir Harbi' ini wujud sewaktu Umno terkial-kial untuk mendapatkan sokongan kaum Cina?  Benarkah DAP itu 'Kafir Harbi' sekarang dan tidak dahulu lagi sewaktu Umno mendapat sokongan kuat dari kaum Cina di dalam Bn?  Dan, paling penting hujah atau dalil untuk menghukum DAP itu sebagai 'Kafir Harbi' adalah dalil yang boleh diguna pakai untuk menghukum Umno itu sendiri.
Apa rasa Umno jika Umno juga disamakan dengan DAP atas dalil Umno juga aktif sejak dahulu menentang Hukum Hudud?  Tentunya ahli-ahli Umno merasa marah jika dikatakan sedemikian, tetapi mereka tidak merasa apa-apa jika label itu dikenakan kepada DAP.  Inilah politik paling bankrap Umno disaat mereka terdesak.
Media bangsat
"Kafir Harbi" ini darah mereka halal buat umat Islam.  Sedarkah Umno hal ini?  Apakah DAP sekarang terlalu bahaya kepada umat Islam?  Lihat apa yang Lim Guan Eng buat di P.Pinang, adakah pemerintahan Lim Guan Eng dari DAP sekarang ini telah mengancam umat Islam khususnya di P.Pinang?  Cuba berikan dalil atau fakta semenjak bila MCA, Gerakan, MIC dan berbelas parti komponen di dalam Bn sekarang termasuk Umno itu sendiri yang secara jelas menyokong Hukum Hudud? 
DAP tidak bersetuju dengan Hukum Hudud, tetapi pernahkah DAP membawa penentangan mereka melalui mahkamah atau tindakan menentang secara agresif?  Cuba tanya pemimpin Umno pula, pernahkah mereka cuba menghalang Hukum Hudud ini dari dilaksanakan melalui kuasa yang mereka miliki?  Jika ahli-ahli Umno lupa, cuba tanya Mahathir.  Cuba tanya Zaid Ibrahim sewaktu beliau berada di dalam Umno dahulu adakah hukum ini pernah cuba dibawa ke mahkamah?
Sokong MCA harus, wajib, sunat?
Maka bersalam dengan pemimpin dari Parti Komunis, hukum kita menyokongnya?
DAP sedar PAS tidak pernah berganjak dari dasar Islamnya termasuk cita-cita untuk melaksanakan Hukum Hudud, tetapi DAP sehingga kini tidak berpaling dari kerjasama dengan PAS.  Ertinya, DAP hanya menolak Hukum Hudud tetapi konsisten bersama PAS dan PKR menentang amalan rasuah dan berbagai bentuk kemungkaran yang lain.  Berbeza dengan Umno, MCA, Gerakan dan MIC, mereka bukan sahaja konsisten menentang Hukum Hudud tetapi konsisten di dalam mengekalkan amalan rasuah dan berbagai bentuk salah laku di kalangan pimpinan mereka.  
Amat jauh beza DAP dengan Umno, tetapi tidak sampai kita menghukum Umno itu sama seperti yang dihukum oleh Lebai Malang dari pondok Kelantan itu.  Walaupun kita ada hujah dan fakta, tetapi di dalam menghukum Umno sehingga ke tahap itu bukan amalan kita berpolitik.  Umno nampaknya tidak pernah berfikir betapa bahayanya propaganda meng'kafir harbi'kan DAP itu jika diteruskan.  Media haprak dan bangsat Utusan Meloya tidak pernah bertanggungjawab terhadap keharmonian di dalam negara ini.  
InsyaAllah, apabila kita berjaya ke Putrajaya nanti media seperti ini akan kita hukum dengan setimpal kerana perbuatan mereka amat jahat, jijik dan tidak bertanggungjawab samasekali./wfauzdin.blogspot.com

Monday, August 6, 2012

KITA DIIKTIRAF BEB (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s480x480/313287_313673875395915_1437585694_n.jpg

Sumber: Na'im Nikmat

Kes Penamatan Pinjaman Pelajar Mesir; Fitnah Umno-BN Terengganu


KUALA TERENGGANU - Setelah menamatkan pinjaman sembilan orang mahasiswa Mesir dengan zalim, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menabur fitnah dan mengelirukan rakyat.

Pada 18 Mac, sebuah akhbar tempatan melaporkan kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam mahasiswa lelaki yang ‘kononnya’ didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi.

Keenam-enam mahasiswa yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu dijatuhkan hukuman bersalah hanya kerana beberapa keping gambar memakai baju BERSIH, ‘tanpa dipanggil untuk dibicarakan dan diberi peluang untuk membela diri’.

Tindakan menghukum pelajar tersebut ekoran perisytiharan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein yang mengharam kan BERSIH.

Sebaliknya mahkamah pada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai sebuah pertubuhan haram.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak masuk akal kerana setelah menggelarkan gabungan itu sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu, kemudiannya membiarkan pertubuhan itu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun sama.

Justeru sepatutnya penamatan pinjaman yang diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu  ‘terbatal’ kerana demonstrasi BERSIH adalah tidak salah di sisi undang-undang.

Sehubungan itu, pada 30 Julai lalu, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah  telah menggesa Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said, Kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu supaya menyambung semula pinjaman pelajaran yang telah ditamatkan ke atas sembilan orang mahasiswa yang sedang menuntut di negara Mesir

Beliau berkata, keputusan kerajaan menamatkan pinjaman tersebut adalah berdasarkan gambar yang menunjukkan mahasiswa itu terbabit dengan Himpunan Aman Bersih yang dituduh  sebagai 'haram dan kotor’.

Namun begitu, Umno-BN Terengganu telah ‘menangguk di air yang keruh’ dengan mempolitikkan tindakan salah seorang mahasiswa, Muhamad Hasyim yang membuat rayuan bagi mendapatkan semula hak beliau yang telah dinafikan Yayasan Terengganu.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dalam kenyaataannya semalam telah melahirkan sekali lagi rasa simpati kepada sembilan mahasiswa yang menjadi mangsa penamatan pinjaman oleh Yayasan Terengganu itu.

Sejak dari awal kes penamatan pinjaman tersebut, PAS berusaha pelbagai cara bagi mengembali kan hak mahasiswa terbabit untuk melanjutkan pelajaran.

Menurut Setiausaha DPPNT, Zaidan Abdullah, PAS tidak pernah menghalang mana-mana dari sembilan mahasiswa tersebut untuk membuat rayuan kepada pihak yang menamatkan pinjaman itu.

Bahkan kata Zaidan, dalam beberapa perjumpaan dan pemberian sumbangan kepada bapa mahasiswa yang menjadi mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu, bapa Muhamad Hasyim, Che Ngah telah memaklumkan bahawa beliau akan meminta anaknya membuat rayuan.

Bayangkanlah, dimanakah seorang bapa seperti Che Ngah berupaya mendapatkan baki lebih RM100,000 bagi mengongkosi perblenjaan Muhamad Hasyim yang menunjut dalam jrusan perubatan.

Menurut laporan, sebanyak RM170,000. daripada RM RM301,144 telah dibelanjakan bagi Muhamad Hasyim menamatkan pengajian perubatannya.

Namun begitu, tanpa rasa kemanusiaan dan belas kasihan, Umno-BN memanupulasikan perjumpaan Muhamad Hasyim Che Ngah dengan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said pada 3 Ogos lalu.

Akhbar-akhbar dan media Umno-BN tidak segan silu menjadikan ‘kesukaran dan kepayahan’ Muhamad Hasyim sebagai modal politik menyokong tindakan zalim Umno-BN.

Tidak cukup sekadar itu, secepat kilat pula ‘blog-blog’ upahan Umno-BN membuat fitnah, kononnya PAS tidak menyampaikan derma sumbangan orang ramai kepada mahasiswa terbabit.

Sedangkan menurut Zaidan, sumbangan sebanyak RM3500 kepada setiap mahasiswa telah pun diserahkan melalui keluarga masing-masing secara berperingkat.

“Muhamad Hasyim tidak tahu, ayahnya Che Ngah tidak memberitahu beliau kerana Muhamad Hasyim berada di Mesir,”kata Zaidan.

[Gambar - beberapa majlis yang diadakan oleh DPPNT menyampaikan sumbangan kepada bapa pelajar mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu yang diadakan sejak program Pntas Pemuda di Manir pada Mac 2012]

Menurutnya, DPPNT masih terus berusaha bagi mendapatkan sumbangan pelbagai pihak bagi disalurkan kepada pelajar-pelajar terbabit. InsyaAllah, di hujung Ramadhan ini sebanyak RM1000 lagi akan diserahkan bagi meringankan beban mereka.

Justeru, katanya, sumbangan terhadap pelajar terbabit boleh dilakukan melalui akaun MAYBANK ISLAMIC bernombor 5630 6411 3873 atas nama DANA TA'AWUN DPPNT

Buletin Online

Royalti minyak: Mahkamah Rakyat bakal penentu



Dr. Syed Azman Syed Ahmad,
Isu royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan kembali menjadi perbualan hangat apabila Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Isu ini mula timbul sebaik sahaja PAS berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke 11 tahun 1999.

Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu dan menggunakan kaedah baru yang dikenali “Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan” tanpa menyalur terus kepada kerajaan negeri lima peratus royalti petroleum.

Malahan Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan”.

Lebih malang lagi ada menteri dan pimpinan Umno negeri Terengganu sendiri yang sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas hanyalah merupakan suatu MOU sahaja.

Begitu juga apakah yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri PAS Kelantan.

Kalangan kepimpinan Umno juga menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan.

Malahan menurut pimpinan Umno, dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

Sebab itulah Kelantan hanya layak menerima "wang ehsan" sebanyak RM20 juta setahun yang disalurkan terus kepada rakyat Kelantan melalui ajensi kerajaan pusat iaitu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Dalam pertikaian isu royalti ini, kerajaan PAS Terengganu telah menfailkan saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan kerajaan Persekutuan untuk menuntut kembali royalti minyak berdasarkan kepada perjanjian yang di tandatangani pada tahun 1975.

Bayaran tersebut perlu dibuat mengikut Akta Petroleum 1974 yang membolehkan setiap negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.

Kerajaan Pas Kelantan di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz turut memfailkan saman terhadap Petronas bagi menuntut tunggakan pembayaran royalti dan bayaran masa hadapan bagi hasil petroleum yang diperoleh di luar pantai negeri berkenaan yang tidak dibayar sejak 2004.

Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperolehi itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri.

Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun serta berniat meyiksa rakyat yang telah memberi mandat kepada PAS memerintah negeri.

Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum rakyat Terengganu dan Kelantan yang 96 peratus adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Namun apa yang telah berlaku di negeri Terengganu adalah merupakan suatu pengajaran besar kepada seluruh rakyat Kelantan yang cintakan keadilan.

Sepanjang wang royalti Terengganu di rampas oleh kerajaan Persekutuan Umno/BN dan diletakkan dibawah ‘Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan’ negeri Terengganu sepatutnya berhak menerima royalti berjumlah lebih dari RM15.4 billion dari tahun 2000-2009.

Malah jika diperincikan perbelanjaan ‘wang Ehsan’ yang diuruskan Kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh 11 tahun royalti yang di nafikan kepada kerajan Terengganu, mereka berbelanja berbilion-bilion semewah-mewahnya melalui projek-projek seperti pembinaan Taman Tamadun Islam,  Masjid Kristal, Monsoon Cup serta Stadium Sultan Mizan yang runtuh bumbungnya. Begitu juga dengan pembinaan Zoo di Kemaman yang menelan belanja RM100 juta.

Wang ihsan yang kononnya untuk membantu golongan miskin seperti nelayan, petani, penarik beca di Terengganu di jaja secara meluas sehinggakan rakyat Terengganu di perangkap dan terpenjara dengan ‘budaya subsidi’ Umno/BN.

Rakyat terus dihimpit kemiskinan dan Trengganu mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi iaitu 17.3 peratus dengan rakyatnya kebanyakannya hidup miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, walaupun pendapatan per kapita Terengganu adalah yang kedua tertinggi di seluruh negara.

Umno/BN telah sejak berpuluh tahun melakukan sabotaj dan menganak-tirikan kerajaan pimpinan PAS. Mereka sanggup mencabul prinsip demokrasi berparlimen dan konsep Federalisma walaupun bertentangan dengan perlembagaan negara kita sendiri.

Namun,  ‘Mahkamah rakyat’ yang akan menjadi penentu.  Biarlah rakyat yang menjadi hakim dan membuat penghukuman terhadap siri kezaliman pemimpin-pemimpin Umno/BN terhadap pemerintahan Tok Guru di Kelantan sekarang ini.- Hrk.

Sunday, August 5, 2012

HOT!!! Spekulasi... 4 MP dan 6 ADUN Lagi akan Keluar BN.....


Spekulasi Kencang lebih ramai MP dan Adun di Sabah yang akan keluar BN hangat diperkatakan di Media kini terutama FB. Walaupun berita ini dinafikan oleh pihak BN Sabah tetapi kehadiran Najib ke Sabah pada 11hb.Ogos ini membuatkan kekecohan politik Sabah kian panas. Kita lihat perkembangan ini pada 12hb. Ogos apabila Datuk Seri Anwar telah mengeluarkan kenyataan satu " Berita Baik " dari Sabah.

Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.

Termasuk seorang ahli Parlimen yang bermasalah Sebelum ini, Ahli Parlimen Silam yang Pro-Shafie Apdal, Dr (Palsu) Haji Salleh Kalbi melakukan kesalahan disiplin apabila hadir dan berucap di Majlis SAPP yang ketika itu telah keluar daripada Barisan Nasional.

Barisan Nasional Sabah tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Salleh melainkan tidak memilih beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional Silam seperti tradisi BN sebelum ini yang melantik Ahli Parlimen sebagai Pengerusi BN Parlimen berkenaan.

Salleh kini mula berjinak dengan Pakatan Rakyat kerana telah menyumbang dana kepada Ketua Cabang PKR, Johani Abdul Halim; malah mungkin terpaksa menjilat ludahnya yang sebelum ini menjenamakan Anwar Ibrahim sebagai 'Kereta Terpakai'.

Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya.


Sumber: Kedahkini

PAS KEDAH - Tenang Di Luar Tsunami Di Dalam..!!!

oleh Mat Alishah
Jika sesiapa ada mengikuti perjalanan urusan gerak kerja PAS Kedah sejak beberapa menjak ini sudah tentu anda akan merasa ada satu pertembungan yang bisa mengjadi Tsunami jika tidak di bendungnya... Bermula dari kisah EXCO menolak jawatan sehingga tiba ke budaya cantas mencantas Timb Presiden PAS bertanding di Parlimen Pendang yang dikatakan wujud bebarapa hari lepas.

Dalam waktu yang sama ada satu pertembungan ideologi dan pendedahan masalah dalaman ke alam maya oleh beberapa orang facebooker untuk menegak hujah masing-masing bagi membuktikan mereka di pihak yang benar.

Tidak perlu di senaraikan siapakah mereka-mereka itu tetapi jika anda ada facebook dan bersahabat dengan pimpinan serta yb-yb insya'allah sudah tentu anda dapat follow tag yang mereka letakan di wall-wall facebook mereka....
Walaupun beberapa hari lepas s/u PAS Pusat ada membuat kenyataan bahawa semua itu berita alam maya sahaja namun di sebaliknya ia dilihat seperti ada benda tak kena dalam susun atur pentadbiran PAS Kedah... pihak ini cakap lain pihak satu lagi cakap lain...tetapi semua ini hanya berlegar di alam maya facebook sahaja....pertembungan kedua pihak ini dengan hujah masing-masing dengan pakat-pakat mengeluarkan hujah jika dilihat hari demi hari ia semakin melondehkan kehuduhan budi dan tatasusila kelaku insan-insan yang berjuang di atas nama PAS...

Penuh dengan ayat maki hamun dan sumpah seranah sampai ada yang keluar bahasa dalam kain untuk menunjukan hujah mereka itu betul untuk audion sekeling memikirkan siapa betul siapa salah.....

Jika dahulu masalah EXCO & MB di selesaikan secara dalaman dan tiada siapa yang tahu nampaknya isu 'cantas' yang dikatakan ini semakin hari semakin mendedahkan apa yang berada di sebaliknya itu....ia terdedah kerana masih2 berhujah menggunakan wall facebook masing-masing dimana semua orang bola baca dan print screen isu yang didedahkan itu....sudah menjadi tatapan umum biarpun kawan atau lawan

Sinopsis isu cantas ini wujud apabila satu pihak menyatakan ada satu pihak lagi cuba menolak keputusan yang di keluarkan oleh PAS Kwsn Pendang untuk memilih Timb Presiden sebagai calon PAS di Parlimen Pendang. Golongan yang menolak Timb Presiden telah dikatakan ada membuat surat sokongan dan menyuruh setiausaha kawasan menandatangani surat tersebut untuk menolak Timb Presiden bertanding untuk di bawa ke pusat bagi menyatakan bahawa majority penduduk Pendang menolak usul tersebut. Sedangkan keputusan untuk memberi Timb. Presiden bertanding adalah sebulat suara datang dari 'Mesyuarat PAS Kwsn Pendang'.

Bermula detik isu tersebut terdedah di Malaysiakini nampaknya peperangan di wall facebook semakin panas dan melalut kerana hujah sudah tak ada tetapi maki hamun yang keluarnya...yang nie deje yang nu haram jadah yang nie pelaq yang nu butoh... budaya apa ini..adakah ini budaya dan cermin budi pekerti pejuang-pejuang yang dikatakan berjuang atas nama ISLAM. Masalah sekarang dari kelakuan segelintir golongan-golongan ini kami yang berada dalam perjuangan merasa tempiasnya...

Jangan ingat apa yang di katakan dan ditulis itu semua rakyat tak follow.. Jika ada pihak mengatakan sudah ada bukti atas golongan Pengkhianat ini ayuh tunggu apa lagi bawa sahaja isu ini ke pengetahuan PAS PUSAT untuk di hadap ke Jawatankuasa Lembaga Disiplin, kita kasi tendang keluar sahaja tak usah di maki hamun di facebook kerana persepsi yang dilihat sekarang bukannya Isu pengkhianat tetapi isu tatasusila kita yang berdiri atas nama PAS... orang luar akan lihat kehudohan kita dalam menyelesaikan masalah.... Bekas Naib Presiden merangkap EXCO pun boleh di tendang keluar jika melakukan kesalahan inikan pula golongan yang kecil-kecilan dalam parti..jadi jika anda yakin sudah ada bukti akan yg di katakan PENGKHIANAT itu ayuh bawa ke lembaga disiplin parti... begitu jugak pada golongan yang di katakan pengkhianat itu jika anda ada bukti dalam isu maka dedahkanlah kepada lembaga disiplin..

Oleh itu di harap kepada dua-dua pihak ini supaya menegakkan hujah anda di atas saluran yang sebenarnya iaitu bawalah ke AJK Disiplin PAS PUSAT.. ini kerana masing-masing mengaku ada bukti maka bawalah bukti tersebut dan londehkan semuanya di channel yang betul bukannya di alam maya aka facebook...

Kami letih lihat kelaku hangpa dalam facebook nie....biarlah NAJIB sahaja menggunakan budaya maki hamun seprti ayat HARAM JADAH nie... Jika kita pun dok sebut ayat yang sama maka kita pun boleh dikatakan 2X5 dengan NAJIB sahaja.... biarlah post dan tag kita di facebook nie adalah kena pada sasarannya.. ....iaitu sasaran menjatuhkan UMNO BN untuk pru13 nanti......

KedahLanie.info

Ambil Pengajaran Daripada Bernas

Oleh Mazlan Aliman

Jawatan Kosong di Padiberas Nasional Berhad BERNASDulu Lembaga Padi dan Beras Negara kini Padiberas Nasional Bhd(BERNAS). Asalnya milik penuh Kerajaan yg sgt strategik terhadap sekuriti makanan negara.

Bila dikorporatkan dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Msia pada ogos 1997, pegangan Kerajaan menyusut begitu rendah. Firma pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co Ltd muncul pemegang saham tunggal terbesar iaitu 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Kerajaan BN pertaruhkan soal sekuriti makanan kpd sykt asing semata2 fikir untung. Inilah transformasi agaknya. Lepas Bernas, Felda...lepas tu Felcra dan Risda. Jual lah semuanya pada sykt luar...

Dlm Perhimpunan Agong UMNO, berdegar2 berbicara soal melayu...
UMNO mesti jadi tunggak orang melayu, kepentingan institusi melayu.
Pergi Luar Negeri, gadai semuanya; sebab apa...boleh masyukkkkk!!!

Kata Ibrahim Pendek...lihat, sape yang kena!




Sumber: Selatan Online 

Saturday, August 4, 2012

Bongkar!! Bukti Najib Dan George Kent Berbohong



KUALA LUMPUR 3 Ogos: Pembohongan Pengarah Eksekutif George Kent, Cheong Thiam Fook mengenai kelayakannya memenangi bidaan kontrak penyambungan LRT Ampang didalangi Perdana Menteri, kata Rafizi Ramli.

Membidas pembohongan ini, Pengarah Strategi KEADILAN itu ada bukti konsortium tersebut gagal memperoleh bidaan sekaligus menghina proses berkenaan dan perolehan negara.

“Pembohongan George Kent (mengatakan) beliau lulus semua penilaian dan mematuhi syarat-syarat menghina semua proses dan prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara. Ia juga membayangkan bahawa proses dan prosedur ini tidak berfungsi dan berkesan sehingga langsung tidak dihormati oleh pembida.

“Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu (Datuk Seri) Najib (Razak) kepada syarikat itu. George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih,” katanya pada kenyataan.

Cheong sebelum ini berbohong mengatakan konsortium berkenaan memenangi bidaan itu kerana lulus penilaian kewangan dan semua syarat serta mematuhi kontrak.

“Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan tiga dari lapan pembida (3/8).

“Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Oleh itu, Prasarana (Negara Berhad) memutuskan George Kent gagal dalam penilaian kewangan.

“Malah George Kent juga tidak mematuhi syarat-syarat kontrak termasuk membuat permohonan agar beberapa syarat seperti “bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan” disemak kembali,” jelas Rafizi.

Syarikat George Kent lemah, tercorot

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, adalah mustahil anugerah itu berjaya diperolehi George Kent kerana konsortium tersebut berada di tempat ketiga tercorot daripada segi teknikal.

“Markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal. Dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow menyatakan tidak yakin George Kent boleh melaksanakan projek itu.

“Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Najib sendiri. Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini,” terang Rafizi.

Tambah Rafizi, adalah membimbangkan apabila George Kent bersikap ‘besar kepala’ apabila berani membuat kenyataan sehingga membelakangi Kumpulan Prasarana.

“(Ia) Membayangkan ‘lesen besar’ dipunyai George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana.

“Ini menimbulkan persoalan di manakah kemampuan Prasarana kelak untuk memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui,” katanya.

Oleh Norutul Ilham

Sumber: MB Online

Tuesday, July 31, 2012

‘Baham’ Tanah; Umno dan Barisan Nasional (BN) Sudah Melampau


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita63/IMG_9312.jpgKUALA TERENGGANU – Dalam keadaan rakyat merintih, seinci demi seinci tanah-tanah milik mereka ‘dirampas’ kerajaan Umno dan Barisan (BN) Terengganu, wakil-wakil rakyat terus menerima habuan masing-masing.

Selepas beberapa minggu lalu didedahkan ADUN Ajil Dato’ Rosol Wahid dan ADUN Kuala Berang Mohd Zawawi Ismail mendapat ‘bahagian’ masing-masing, ADUN Chukai, Dato’ Awang Tera pula dilaporkan menerima habuan seluas 2 hektar, lebih dari 5 ekar.

Dengan keluasan itu, ditaksirkan, Awang Tera akan meningkatkan kekayaannya menokok sebanyak RM3 juta ringgit lagi sekiranya tanah bahagiannya itu dinilai mengikut harga tanah semasa di kawasan terbabit.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat Terengganu (GEMPAR) Haji Salleh Embong berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besarnya Dato’ Seri Ahmad Said, memang sudah benar-benar melampau.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita63/tanah%20rosol.jpgMendedahkan ‘rampasan’ tanah rakyat terbaru, beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Kuala Nerus menyifatkan pemimpin Umno sekarang sudah tidak peduli dengan rakyat.

“Bagaimana kita nak kata ‘janji ditepati’ atau ‘merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’ sedangkan wakil-wakil rakyat boleh tanah seluas-luasnya,

“pada masa yang sama tanh-tanah rakyat dirampas atas kepentingan peribadi, individu dan syarikat kroni,”tegasnya ketika ditemui.

Beliau berkata kerajaan telah meluluskan tanah seluas hampir 30 hektar untuk diberikan kepada Syarikat Imbuhan Pelangi, sebuah syarikat milik ‘orang kuat Umno’ Kuala Nerus.

Sumber: BuletinOnline

Rohingya, ISA dan keterbukaan Mat Sabu


Ahmad Lutfi Othman
Ramadan melewati fasa 10 hari pertama. Begitu pantas masa berlalu. Bagaimana azam untuk menyempurnakan amalan-amalan wajib, juga melipatgandakan tuntutan sunat, selain bertadarus, tarawikh, sedekah, menaja berbuka puasa, berbuat baik dengan ibu bapa, famili dan umat seluruhnya?

Semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya tempoh keemasan penuh keberkatan. Ya, mungkin ini Ramadan terakhir kita ... Bayangkan, rakan-rakan atau saudara-mara yang bersama kita pada Ramadan tahun lalu, kini sudah pergi buat selamanya.

Sekembalinya saya menjalani latihan fisio dan terapi, selepas hampir seminggu di wad HUKM, mengingatkan betapa tinggi nilai kesihatan dan masa lapang. Ramai pesakit kronik, termasuk strok, merupakan orang muda. Saya perhatikan mereka begitu gigih dan tekun  menjalani rawatan pemulihan, meskipun perlu memakan masa lama. Pergantungan kepada Allah begitu tinggi dalam saat-saat sukar seperti itu.

Melalui Harakah, untuk Ramadan berbaki ini, di samping lebih berdisiplin mengikuti pelan rawatan pemulihan yang ditekankan Prof Dr Zamrin Dimon, saya bertekad untuk mempromosi kerja-kerja kebajikan, khususnya membantu keluarga tahanan ISA, fakir miskin, ibu tunggal, dan mereka yang terlantar tidak berupaya.

Alhamdulillah, respons pembaca Harakah, seperti lazimnya,  cukup menggalakkan. Ada rakan lama tiba-tiba menghubungi saya, selepas terusik dengan rayuan dana ISA itu, sekali gus menderma. Rupanya ramai yang tidak menyedari masih ada insan dizalimi dan dikurung tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting, Taiping selepas ISA diisytihar mansuh.

Meneliti penyata akuan Maybank, saya dapati begitu ramai menyumbang, daripada  sekecil RM5 sehingga ribuan ringgit. Dalam hati terdetik, kita perlukan gerakan kebajikan yang lebih tersusun, sistematik dan efisyen, serta dapat dipercayai. (Sumbangan kepada keluarga mangsa yang teraniaya  dan bekas tahanan ISA itu boleh disalurkan terus kepada  akaun Maybank 564070000336 atas nama HARAKAHDAILY DOT COM).

Tidak dilupakan kisah tragis saudara seaqidah yang paling teruk dizalimi, iaitu minoriti Muslim Rohingya di Myanmar. Ramai di antaranya menjadi pelarian sejak sekian lama, dan sebahagiannya berada di sekeliling kita, di Malaysia tercinta ini.

Tidur saya agak terganggu mengenangkan nasib mereka. Saya kira ramai lagi resah mendengar dan menatap berita sedih itu. Rasanya, tidak banyak yang telah kita lakukan untuk membantu mereka, dan ini amat menyedihkan.

Kita seperti begitu tidak berupaya, cukup daif dan sekadar menunggu takdir, apatah lagi dengan sekatan tertentu daripada regim junta Burma, yang memisahkan minoriti Muslim itu daripada masyarakat antarabangsa. Sekurang-kurangnya untuk masa terdekat, sokongan dana kewangan dan bekalan makanan amat diperlukan; dan kita tentu saja boleh meringankan bebanan mereka.

Petang Jumaat lalu, selepas mendapat rawatan alternatif daripada Ustaz Kamal Ashaari, yang juga berpengalaman diserang strok, saya tiba-tiba menyedari, Harakah juga tidak mengambil sikap proaktif dalam menyalurkan bantuan kepada Rohingya.

Dan ini tentu sahaja memalukan diri saya sendiri, yang sekian lama cuba berusaha membantu golongan teraniaya di negara ini, yang nasib mereka lebih beruntung daripada Muslim Rohingya.

Agak gelisah saya mencari idea, terutama dalam keadaan tubuh yang mudah penat. Segera saya teringat sosok personaliti NGO yang tidak pernah kenal lelah, Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid. Difahamkan Presiden Teras itu pun "bukannya sihat sangat", tetapi ia langsung tidak membataskan aktiviti kemasyarakatannya.

Saya mengirim SMS memaklumkan hasrat Harakah untuk lebih berperanan dalam isu Rohingya ini, terutama dari segi menyalurkan bantuan kewangan. Cikgu Azmi mencadangkan tabung khas dibentuk Harakah, tetapi bagi saya, kami sudah banyak menubuhkan dana khas seumpama itu. Lebih baik yang sedia ada di bawah kawalan beliau sendiri.

Cikgu Azmi bersetuju dan minta diiklankan Tabung Mustadhafin Rohingya, atas nama akaun Sekretariat Himpuna Ulama Rantau Asia (SHURA), BIMB 12047010037282. Ia anjuran Majlis Perundingan Prtubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan SHURA. Dia memberi nama-nama untuk dihubungi, Ahmad Tarmizi 0175606131, Salman Siddiqy 0134013342


Insya-Allah, tabung itu akan Harakah uar-uarkan secara lebih meluas bagi menggembleng sokongan berterusan umat Islam Malaysia. Saya menyeru pembaca agar dapat menyumbang, terutama semasa bulan Ramadan ini. Moga-moga ia dapat meringankan sedikit keperitan yang ditanggung generasi demi generasi itu.

Desakan, tekanan dan lobi juga perlu diteruskan, termasuk terhadap kerajaan negara ini, dalam usaha mencari penyelesaian yang tuntas ke atas krisis kemanusiaan yang semakin parah itu. Dunia yang nampak bisu itu  mesti digerakkan. Info perlu disalurkan, kempen kesedaran wajar dimulakan secara lebih terancang dan menyeluruh.

II.

Dalam perkembangan lain, saya tertarik dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam forum "ISA: Penyeksaan yang sempurna", anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), minggu lalu.

Bukan soal pengalaman penalis, termasuk Mat Sabu dan Hishamuddin Rais, mengenai penyeksaan semasa dikurung tanpa bicara. Kisah dan cerita sedih seumpama itu bukan rahsia lagi.

Saya lebih teruja dengan pendirian Mat Sabu mengenai peranan penting badan bukan kerajaan (NGO), termasuk sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 nanti. Satu pandangan terbuka yang meraikan penyertaan politik lebih menyeluruh daripada masyarakat sivil.

Beliau mahu NGO, seperti GMI, terus bersikap kritikal terhadap pemerintah dan bekerja kuat untuk membangkitkan kesedaran rakyat terhadap hak mereka. Mereka harus terus menjadi kumpulan pendesak untuk mengkritik dasar kerajaan, termasuk Pakatan Rakyat, jika ia meneruskan dasar yang zalim dan penyelewengan seperti kerajaan BN.

Tambah Mat Sabu, jika keberanian itu tidak ditonjolkan, beliau bimbang, kerajaan yang mengambil alih,  iaitu Pakatan, "akan mencari jalan memperkenalkan undang-undang malah kadang kala lebih teruk daripada kerajaan yang diambil alih" demi  mempertahankan kuasa mereka.


"Bila orang dapat kuasa, amat susah kuasa itu digugat. Sebab itu kumpulan memperjuang hak asasi perlu terus hidup dan kuat, walaupun sesiapa sahaja memerintah. Sebab, senang kita cakap apabila dapat kuasa. Bila dapat kuasa, sudah mula kita ugut orang. Aku bongkar ini, aku dakwa (kau) bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi), sedangkan kita nak hapuskan OSA itu.

"Penyakit orang berkuasa, dia (buat apa sahaja) nak kekalkan kuasa... Dalam sejarah pemerintah nak serah kuasa memang susah nak berlaku," katanya, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Sememangnya kuasa perlu dibataskan dan dihadkan. Seseorang individu atau mana-mana kumpulan yang berkuasa mutlak, walaupun awalnya nampak baik dan menguasai kerajaan melalui sokongan orang ramai (demokrasi) dengan menjatuhkan sang diktatotor, ia boleh bertindak zalim dan lupa diri jika kuasanya tidak dihadkan atau diimbangi.

Ungkapan popular yang selalu kita dengar ialah kenyataan Lord Acton, pakar perundangan England, iaitu "power tendes to corrupts and absolute power corrupts absolutly", atau "kuasa itu cenderung disalahgunakan, dan kuasa yang mutlak itu lebih dahsyat penyalahgunaannya."

Justeru, peranan NGO atau kumpulan pendesak atau dalam pengertian lebih menyeluruh, masyarakat sivil, amat perlu disuburkan. Setiap pemerintah tidak perlu gundah-gulana dengan penyertaan politik proaktif oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan itu.

Mereka harus didampingi dan bukannya dimusuhi, meskipun suara kumpulan berkenaan begitu lantang, vokal dan mungkin mendedahkan kelemahan dan membongkar kesilapan pemerintah. Pastinya NGO yang bebas daripada kawalan pemerintah ini harus dibiar bertindak sebagai watchdog terhadap dasar-dasar dan program kerajaan.

NGO seumpama itu sebenarnya berperanan untuk menyuburkan demokrasi dan mampu menjaga kepentingan rakyat terbanyak, yang mengatasi atau melangkaui kepentingan politik yang sempit. Untuk mengharapkan fungsi "semak dan imbang" dalam parti pemerintah sendiri, tentulah cukup sukar. Cabaran daripada parti lawan pula sering ditafsirkan sebagai "bermotif politik"dfan mahu merebut kuasa.

Saya kira tafsiran yang diberikan terhadap masyarakat sivil ini agak menarik untuk diteliti: "Masyarakat sivil adalah satu set institusi bukan kerajaan yang punya kekuatan untuk mengimbangi kuasa kerajan, menghalang pemerintah daripada bertindak bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Masyarakat sivil juga bertindak sebagai pengawal keamanan dan penjaga kepentingan umum. Masyarakat sivil juga merupakan sebuah institusi yang mampu menghalang pemerintah daripada mendominasi dan memanipulasi masyarakat terbanyak."

Keterbukaan Mat Sabu itu menandakan satu bentuk politik baru yang cuba diperkenalkan Pakatan Rakyat, yang wajar dialu-alukan. Ramai yang menantikan bagaimana konsep itu dapat dilaksanakan nanti jika rakyat benar-benar mahukan satu kerajaan baru terbentuk selepas PRU13 nanti. 
 
Harakah

Tanah kerajaan Terengganu dilelong




Apakah reaksi SELURUH rakyat Terengganu apabila tanah milik kerajaan negeri terpaksa dilelong oleh sebuah bank ekoran kegagalan membayar pinjaman bank?

Inilah yang berlaku kepada tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) seluas kira-kira 15 hektar yang terletak di Mukim Kerteh yang terpaksa di lelong.

Tanah yang menjadi milik kerajaan negeri ini telah digadaikan kepada bank pada tahun 1997 bagi membangunkan satu projek 432 lot perumahan bercampur yang dikenali sebagai ‘Bandar Baru Kerteh Jaya’.

Amat memalukan! Akibat kegagalan membayar pinjaman, Hong Leong Bank telah melelong  tanah milik kerajaan negeri ini melalui satu lelongan awam yang telah diadakan pada 18 Julai, 2012.
Menurut dokumen Lelongan Awam terbabit, tanah tersebut telah di lelong pada jam 10.30 pagi di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Sebuah syarikat bukan Bumiputera, yang berpengkalan di Pulau Pinang, Alam Sierra Development  Sdn Bhd telah menjadi pembida tunggal yang berjaya membida tanah kerajaan negeri itu dengan harga rezab RM 5.594 juta.

Ia mempunyai 158 lot tapak rumah banglo, 168 lot tapak rumah berkembar dan 106 lot tapak rumah kedai.

Persoalan besar yang menjadi tanda-tanya kepada seluruh rakyat Terengganu kini adalah, siapakah yang bertanggungjawab dengan kejadian yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu ini?

Apakah kerajaan Terengganu khususnya Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tidak mahu ambil peduli sehingga tanah milik kerajaan ini ‘terlelong’ begitu sahaja kerana ianya digadai kepada bank bukan di zaman pemerintahan beliau?
Atau apakah kerajaan negeri sudah kehabisan sumber kewangan sehinggakan tidak mampu lagi untuk membida bagi menebus kembali tanah milik kerajaan ini?

Semua rakyat Terengganu tahu bahawa pentadbiran Ahmad Said boleh berbelanja besar setiap tahun. Sejak tiga tahun lepas lebih RM6 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek-projek mewah seperti Kawasan Bebas Cukai di Kenyir dan pembinaan Zoo di Kemaman yang di luluskan diatas nama pembangunan untuk rakyat Terengggganu.

Namun kejadian yang sama ini  juga berlaku apabila tanah orang-orang Melayu di bandaraya Kuala Terengganu terhakis apabila ada tanah milik orang Melayu di pusat bandar telah bertukar tangan kepada bangsa lain.

Kerajaan negeri gagal memainkan peranan bagi menghalang tanah milik orang Melayu bertukar tangan setelah dimajukan pihak tertentu. Ia tergadai kerana kerajaan negeri tidak ada dasar yang berkesan.

Saya telah berkali-kali memaparkan di ruang ini tentang masadepan perkampungan orang-orang Melayu yang terletak di bandaraya Kuala Terengganu yang kini seolah-olah menjadi pelarian di bumi sendiri.

Masa depan mereka tidak menentu dengan siri demi siri pengambilan tanah penduduk yang dilakukan oleh kerajaan negeri di atas nama ’pembangunan’ dan membela orang-orang Melayu Terengganu.

Kebanyakan rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah ini adalah penduduk asal Melayu yang tinggal di bandar dan pinggir bandaraya Kuala Terengganu sejak ratusan tahun.

Lihat sahajalah apa yang berlaku kepada kampung tradisi seperti Kampong Tanjung, Ladang Sehat, Bukit Besar, Losong hingga ke Pasar Cabang Tiga.

Sepatutnya kerajaan negeri meneliti dengan serius  cadangan agar agensi kerajaan seperti Lembaga Tabung Amanah Warisan negeri Terengganu (LTAWNT), Yayasan Terengganu dan Yayasan Islam perlu memain peranan mengambil alih tanah milik orang Melayu di sekitar bandaraya  Kuala Terenggan.

Meskipun ada sebahagian dari tanah-tanah ini bersaiz kecil, namun ia amat penting dimajukan demi kebaikan ekonomi dan masadepan anak bangsa Melayu Terengganu.

Namun sehingga kini kepimpinan Menteri Besar tidak mempunyai kepekaan bgi mendengar rintihan rakyat ini dan dan tanah-tanah ini tergadai begitu sahaja ditelan pembangunan.

Kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat sepatutnya lebih peka dengan isu-isu yang amat penting ini khususnya bagi penduduk asal Melayu terengganu yang telah ratusan tahun meneroka negeri ‘Darul Iman ini’.

Tergadainya tanah milik kerajaan di Kerteh ini membuktikan bahawa kepimpinan Ahmad Said sebagai Menteri Besar sekali lagi gagal dan tidak mampu memikul amanah bagi membela rakyat Terengganu Darul Iman.

Mungkinkah juga seluruh negeri penyu bertelur ini akan juga ‘terlelong’?

Harakah

Sunday, July 29, 2012

FAKTA SEBENAR ISU AIR SELANGOR




Krisis air Selangor 

  Krisis air selangor semakin panas dengan berikutan tindakan Jawatankuasa khas krisis air Selangor yang ditubuhkan kerajaan pusat untuk membincangkan masalah yang di mulakan oleh SYABAS bertekad untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dengan berbagai cara dan helah. Rakyat yang bijak sudah tentu akan tertanya-tanya apakah masalah sebenar yang membelengu pengurusan air di Selangor ini ?. Adakah Selangor kini menghadapi kekurangan air mentah atau air terawat ?. Persoalan ini yang harus difahami  dan di kaji secara bijak oleh rakyat selangor supaya tak mudah terperangkap dengan mainan media perdana yang jelas hanya memberi liputan sebelah pihak sahaja.
Krisis air Selangor : : Air mentah atau air terawat ?
  Pada permulaan isu ini ,pihak pembekalan air Selangor iaitu SYABAS telah mengatakan bahawa Selangor akan menghadapi masalah kekurangan air sehingga pada tahun 2014 tetapi atas sebab-seban yang tidak pasti krisis ini berlaku lebih awal iaitu ketika semakin hampir dengan PRU13.Maka atas alasan inilah SYABAS begitu komited untuk memulakan pembinaan projek  LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2( LRAL2) yang akan menelan kos perbelanjaan bernilai hampir RM 9 Billion dan akan merangkumi pakej pembinaan terowong air ke Negeri Pahang bagi membolehkan Negeri Pahang menyalurkan air mentah ke Selangor. Persoalanya ialah adakah Negeri Selangor menghadapi masalah bekalan air terawat atau air mentah?ini yang menjadi dolak-dalik SYABAS dan Kerajaan Pusat apabila diajukan persoalan ini.
  Realiti fakta sebenar ialah  Selangor menghadapi masalah bekalan air bersih yang terawat. Bekalan air mentah Selangor sudah mencukupi tetapi permintaan bekalan air terawat semakin tinggi. Faktor-faktor pertambahan penduduk, perkembangan perindustrian dan lain-lain menyebabkan permintaan air bersih ini meningkat. Kapasiti loji rawatan telah mencapai tahap maksima dan mungkin akan berlaku lebihan bebanan lalu menyebabkan terputusnya bekalan air di sekitar Selangor. Ringkasnya air terawat tidak dapat memenuhi kolam tadahan dikawasan setempat. Ianya pasti menimbulkan masalah apabila waktu puncak penggunaan air. Masalah seperti tekanan rendah, tiada air dan lain-lain tidak dapat dielakkan. Jika air terawat yang menjadi masalah ,mengapa pihak SYABAS begitu beriya-iya mahukan projek LRAL2 yang sebenarnya mengutamakan pembinaan terowong air mentah dari Pahang? .Bukankah lebih baik SYABAS meminta supaya dibina loji rawatan air sahaja? ,dan kerana inilah projek LRAL2 ini ditentang kerajaan Negeri Selangor dengan fakta yang disediakan mereka.
Krisis air Selangor : Hasil kaji selidik Jawatankuasa Pemantauan
                                air Selangor.

 Pemantauan  Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh setiausaha kerajaan Selangor terhadap operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mendapati SYABAS ‘beroperasi di bawah keupayaan’, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, dalam laporan pertama jawatankuasa itu yang dihantar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengandungi tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian “agar rakyat tahu kedudukan sebenar”.
Menurut menteri besar, tiga penemuan utama tersebut ialah:
  • Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter   sehari berbanding  keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, katanya, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.
  • Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.
  • Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 peratus yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan.  Rizab kapasiti pengeluaran sebenar  pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.
Jawatankuasa itu, yang diketuai Datuk Khusrin Munawi dan turut dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.


Krisis air Selangor : Kenapa perlunya LRAL2 dan bukan MITIGASI 1 ?

  Sekali lagi kebijaksanaan kita perlu di gunakan untuk mengkaji dan menilai fakta-fakta yang diberi kedua-dua belah pihak iaitu dari pihak Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS&Kerajaan Pusat bagi mencari jawapan yang tepat mengenai apakah krisis sebenar air di Selangor ini dan cara terbaik untuk menanganinya secara bijak.
  Seperti yang telah diperjelaskan di atas,masalah sebenarnya yang melanda Selangor kini ialah kekurangan bekalan air terawat dan bukanya air mentah. Atas fakta ini mengapakah kita perlu menyokong pembinaan LRAL2 yang tujuan utamanya ialah bagi menyalurkan air mentah dari Negeri Pahang dan di rawat di Selangor yang menelan kos begitu tinggi?. Bukankah labih baik hanya dibina loji rawatan air seperti pembinaan Projek MITIGASI 1 sahaja untuk merawat air mentah yang masih banyak diselangor?. Jika persoalan sebagai persediaan menghadapi krisis air yang dijangka berlaku pada tahun 2014 mengapa tidak dicari alternatif lain penyaluran air mentah yang tidak menglibatkan kos setinggi LRAL2 ini seperti membeli air mentah dari Negeri sembilan atau Perak yang sudah tentu tidak memerlukan kos yang tinggi seperti pembinaan terowong melintasi Banjaran Titiwangsa dalam pakej pembinaan LRAL2 itu?
  Rakyat Selangor perlu tahu kos selain kos pembinaan LRAL2 yang tinggi ia juga tidak kompetitif dengan permasalahan yang sebenar berlaku di Selangor kini. Dengan kos yang hampir mencapai RM 9 billion sudah tentu beban kos pembinaan itu akan terpaksa ditanggung kembali rakyat Selangor dalam bentuk kenaikan caj bayaran penggunaan air . Ini sudah tentu tidak akan membolehkan Kerajaan PR Selangor memberi air percuma 20 meter padu lagi pada masa hadapan. Mungkin ada yang mengatakan dana tersebut disediakan kerajaan pusat ,tetapi harus diketahui kerajaan pusat juga meminjam dana dari institusi kewangan dari Jepun dan perlu dibayar semula,sudah tentu yang perlu membayar semula ialah rakyat Selangor .


Krisis air Selangor : Kesimpulanya

 Kesimpulanya keperluan yang mendesak dalam isu air Selangor ini ialah pembinaan loji rawatan air yang baru dan bukanya pembinaan Terowong air mentah dari Pahang kerana Selangor sendiri mempunyai banyak sumber air mentah. Pembinaan projek MITIGASI 1 yang sedang dilaksanakan adalah tindakan terbaik bagi mengatasi krisis ini .
  Seperti yang telah didedahkan oleh Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor diatas ,maka bolehlah dirumuskan bahawa punca utama krisis ini ialah kerana kegagalan syarikat pembekal air Selangor SYABAS menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan penyaluran air terawat dilakukan secara efektif dengan melaksanakan penukaran paip-paip yang usang dan mengurangkan jumlah air yang tidak berhasil. SYABAS juga tidak harus menjadi kuda politik sesebuah pihak dengan menjadikan air sebagai senjata bagi menjatuhkan imej kerajaan negeri selangor.
  Kesimpulanya ialah Selangor menghadapi masalah kekurangan bekalan air terawat bukan air mentah. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah membina loji rawatan air sahaja yang menelan belanja tak sampai RM 500 juta bukan membina terowong penyaluran air mentah dari Negeri Pahang dalam projek LRAL2 yang menelan kos RM 9 Billion yang mungkin menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan dan bakal membebankan rakyat Selangor sendiri pada masa hadapan.
 
Sunber: Tun Hitler

Friday, July 27, 2012

Betulkah Najib PM terakhir BN?

oleh Aspan Alias


Wilfred Bumbering dan Lajim Hj Ukin telah menampakkan yang mereka akan keluar dan berpisah dari BN. Perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran oleh Wilfred memperkuatkan lagi keyakinan bahawa Timbalan Presiden UPKO itu akan menyertai pilihanraya kali ini sebagai salah seorang calon Pakatan Rakyat. Tindakan kedua-dua pemimpin Sabah ini pastinya memberikan tamparan hebat terhadap BN dan kita mengagakkan yang pilihanraya akan ditunda lagi ke tarikh yang lain dan tidak akan diadakan piihanraya pada bulan September seperti yang dispekulasikan oleh banyak pihak.

Di Sarawak pula ADUN Meluan Wong Judat semalam juga mengisytiharkan dirinya keluar dari BN. Beliau merupakan Naib Presiden kepada Parti Demokratik Progressive Sarawak (SPDP) telah keluar dari BN kerana hilang keyakinan kepada pimpinan BN sekarang ini.

BN kian hari kian malang dan segala petunjuk politik menggambarkan yang BN sudah sampai masa untuk diketepikan oleh rakyat. BN di Sabah sudah tidak lagi ada keupayaan untuk diperbaiki kerana pertelingkahan di antara parti-parti di dalam BN Sabah bukannya kecil. Krisis keyakinan terhadap Ketua Menteri yang merupakan pengerusi BN Sabah menambah lagi kegentingan BN dan beliau juga merupakan 'liability' kepada UMNO dan BN Sabah.

Banyak pihak yang mengatakan bahawa sebanyak 12 kerusi parlimen di Sabah akan kecundang dalam pilihanraya yang akan datang ini dan jika benar berlaku ia merupakan penambahan sebanyak 11 kerusi daripada satu yang sedia ada untuk pembangkang. Apa pun orang hendak kata Sabah sudah tidak lagi bertahan untuk menjadi ‘fixed deposit’ bagi BN dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Setiap parti dalam komponen BN di Sabah dan di Semenanjung sedang menghadapi masalah dan segala masalah ‘intra-party’ ini ditambah pula dengan masalah ‘inter-party’ yang kian  meruncing. Kita perlu ingat di Semenanjung BN akan hanya tinggal saki baki UMNO sahaja selepas PRU ini kerana komponen terbesarnya MCA akan menghadapi kekalahan yang menyeluruh. Dalam pada itu Gerakan sudah tidak relevan lagi dan MIC dijangka akan kalah dalam semua kerusi yang mereka tandingi.

Oleh itu saya tidak dapat hendak ‘comprehend’ apa yang dikatakan oleh Najib di Melaka baru-baru ini yang BN akan menang di semua negeri dan BN akan menang dengan aggregate 14-0. Cakap-cakap itu menggelikan hati ramai pemerhati politik negara ini. Tetapi tidak mengapalah. Najib bukan kali itu sahaja yang bercakap tidak berasas dan itu sememangnya dilakukan beliau acap kali akhir-akhir ini.

Perkembangan terakhir di Sabah ini menambah keyakinan setengah pihak yang Najib dan seluruh kepimpinan beliau sedang menghadapi krisis keyakinan yang tersangat berat. Keadaan ini merupakan situasi yang belum pernah lagi dialami oleh BN sejak memerintah selama lebih dari lima dekad ini.

Maka keyakinan sesetengah pihak yang mengatakan Najib merupakan Perdana Menteri BN yang terakhir nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan.

Krisis Air Selangor, Paip Syabas Yang Tak Cukup Rupanya.


 Rupa-rupanya kenapa bekalan air di negeri selangor dikatakan tak cukup bukan sebab empangan tak cukup air, Ahli parlimen kerajaan negeri selangor dah pegi check dah empangan di negeri selangor, semuanya penuh, Syabas pulak kata kurang ( baca sini ).

Bila benda dah terbongar puak Syabas dengan bantuan media umno pusing pulak cerita, kononnya air di empangan memang penuh, cuma air yang dah dirawat je kurang.
Hah, apa bodoh sangat, kalau dah tahu air terawat kurang rawat la air tu yang nak buat empangan langat 2 nak sedut air dari pahang kenapa pulak?. air dari pahang tu dah rawat ke? atau idea nak menghabiskan duit rakyat lagi nei.

Lepas buat empangan boleh la naikkan harga air, pandai puak umno ni nak sedut duit rakyat, nak ambik duit kerajaan negeri selangor yang banyak tu.

Rahsia dah terbongkar, Jawatankuasa Pemantauan Air yang ditubuhkan kerajaan Selangor bagi menjalankan pemantauan terhadap operasi Syabas merumuskan syarikat itu beroperasi dibawah keupayaan

Maksudnya Syabas malas dan tidak serius nak pertingkatkan penghasilan air mentah ( kerja main-main ), Syabas minat nak tingkatkan untung je.

Jawatankuasa yang dah ditubuhkan oleh kerajaan Selangor tu dah hantar laporan pertama kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  (MMKN) semalam.

Hasil laporan pertama jawatankuasa tu mendapati tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian agar rakyat tahu kedudukan sebenar.

Penemuan ini ialah;
1.      Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding  keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.

2.      Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.

3.      Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 % yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan.  Rizab kapasiti pengeluaran sebenar  pada masa ini adalah 11%  dan akan meningkat kepada 18 % selepas Mac 2013  apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.

Faham tak apa maksudnya, macam ni la.

Syabas malas dan tak serius nak selesaikan masalah air dekat selangor, baca fakta pertama, air lebih dari cukup, tapi kalau paip tak cukup, malas nak selenggara memang la air tak sampai dekat pengguna, yang nak catu air pada pengguna tu sebenarnya nak tutup rahsia je kot, rahsia air banyak tapi paip tak cukup.


Jadi tak perlu nak empangan langat 2 bagai, buat nanti harga air mesti puak umno nak naikkan, lagi pun projek Mitigasi 1 dah nak siap pun.

Kalau siap pun nanti projek Mitigasi 1 tu dengan keupayaan Syabas yang sibuk dan meroyan nak buat empangan tapi tak nak pertingkat sistem agihan masalah tak selesai jugak.. air banyak, paip bawah tanah tak cukup, jadi macam mana? 

So lagi cepat kerajaan negeri campak kepala-kepala yang kurang boleh berfikir dalam Syabas tu lagi bagus la . menyusahkan rakyat selangor... air banyak tapi paip tak cukup lepas tu nak lepas tangan salahkan kerajaan selangor.


Dasar orang meniaga, duit-duit duit, ajaran umno semua ni. janji kroni untung , rakyat susah takpa, menteri dan kroni sudah lebih raja dari raja angkara umno. yang bodoh orang melayu, kena tipu dengan kononnya pejuang bangsa melayu

Sumber : TukangLawan