Monday, November 29, 2010

PERDANA MENTERI LEBANON MELAWAT IRAN


Perdana Menteri Lebanon Saad Hariri tiba di Teheran hari Sabtu untuk kunjungan bersejarah oleh seorang kepala pemerintah Lebanon untuk Republik Islam.  Ketegangan politik meningkat antara Hariri pro-Barat dan Hizbullah pro-Iran, terutama dalam hubungannya dengan pengadilan internasional tentang pembunuhan ayah Hariri, perdana menteri akhir Rafigh Hariri, adalah topik utama dari diskusi antara Hariri dan para pemimpin Iran.
. Foto-foto menunjukkan Wakil Presiden Pertama Iran Mohammad Reza Rahimi (kiri) menyambut ketibaan perdana menteri Lebanon.

Wednesday, November 24, 2010

Tahlil - Pandangan Dr. Lugman

Tahlil – Pandangan Dr. Luqman
MAJORITI ulama dunia menerima tahlil sebagai amalan yang membolehkan pahala ibadat ini disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia.
Meskipun terdapat pandangan berbeza mendakwa tahlil sebagai bidaah (amalan ibadat sekarang yang tidak ada secara khusus dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW), ulama terkemuka menerima konsep tahlil.
Pensyarah Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) yang juga merupakan Pengerusi, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Hj. Abdullah, berkata tahlil atau sebarang perkataan yang merujuk kepada kalimah ‘tiada Tuhan melainkan Allah’ dilakukan di kebanyakan dunia Islam.
Katanya, tahlil berjemaah sudah sebati dalam masyarakat Islam negara ini, terutama apabila berlaku kematian, malah kini menjadi program rasmi peringkat negara untuk menyambut perayaan tertentu.
“Sebenarnya ulama dunia seperti Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa, mengakui bahawa memang ada konsep tahlil dalam Islam. Bukan beliau saja, kebanyakan ulama lain mempunyai pandangan sama,” katanya.
Beliau berkata, tahlil juga adalah aktiviti sosial bermanfaat kerana umat Islam berkumpul dan berzikir untuk mengingati Allah.
“Saya tidak nampak ada masalah dari segi hukum syarak. Mungkin perbezaan dari segi tempat seperti bertahlil di Malaysia dan Indonesia tidak sama dari segi cara. Perbezaan ini lebih kepada faktor budaya, tetapi prinsip amalan tetap sama,” katanya.
Dr Luqman berkata, prinsip tahlil ialah pahala ibadat ini disedekahkan kepada si mati dan ini juga adalah pandangan majoriti ulama.
Katanya, ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Sayyid Muhammad Alawi, menyatakan bahawa orang yang meninggal dunia boleh mendapat manfaat daripada amalan soleh orang yang masih hidup, tetapi bentuk manfaat itu tidak diketahui.
“Terserah kepada Allah. Mungkin manfaat dalam bentuk pahala dan atau dosa diringankan. Prinsipnya adalah sampai kepada si mati,” katanya.
Beliau tidak menafikan ada yang menganggap tahlil sebagai bidaah, tetapi jika dilihat dari sudut ini, ini bermakna banyak perkara yang dilakukan umat Islam sekarang adalah bidaah.
“Kita tidak boleh menghukum setiap perkara yang Nabi Muhammad SAW tidak buat sebagai bidaah dan sesat,” katanya.
Mengenai amalan mengadakan majlis tahlil pada hari Khamis malam Jumaat, katanya selain berasaskan kelebihan malam Jumaat, ia mempunyai kaitan dengan pada zaman dulu, Jumaat adalah hari cuti menyebabkan masyarakat memilih hari itu.
Sepanjang Ramadan pula, katanya majlis tahlil semakin kerap diadakan kerana kelebihan beribadat sepanjang bulan ini mendapat pahala berlipat kali ganda.
Tahlil arwah:
Pertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap huruf dan ayat al-Quran yang dibaca akan diberikan pahala oleh Allah sebagaimana sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)
Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad)
Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar’iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: “Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya.” Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah.
Kedua: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu. HUKUM mengadakan majlis tahlil adalah harus, asalkan tidak mengambil harta si-mati tanpa hak. Keluarga si-mati pula tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi.
Sementara jiran tetangga boleh membantu keluarga si-mati dengan menyediakan makanan untuk tetamu yang majlis berkenaan.
Mengenai hadis ‘terputus amalan si-mati kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan’ adalah benar. Bagaimanapun, ia tidak menafikan doa orang lain yang mendoakan kepada kesejahteraan roh si-mati, lebih-lebih apabila ia datang atas usaha anak atau keluarga si-mati.
Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10).
Sumber: Persatuan Ulama Malaysia

Dipetik dari Blog Ahlul Bait

Tuesday, November 23, 2010

Keagongan Dan Kebesaran Illahi


Gambar ini ku rakamkan ketika aku berada di Hutan Lipur Cemerong, Hulu Dungun , di Negeri Terengganu.  Aku terkejut juga melihat keanihan pokok pisang ini.  Inilah kali pertama aku melihat dan bertemu pokok pisang dimana jantung dan tandan pisangnya tegak ke atas.  Inilah kebesaran dan keagongan Allah.  Aku terdiam seketika, dikala terpandang pokok pisang ini.  Ku panggil isteriku dan ku tunjukkan padanya.  Dia juga terdiam dan mengalihkan padangan pada ku dengan kehairanan.  Aku hanya tersenyum.

 Pokok pisang ini di jadikan tumbuhan hiasan di hadapan kantin di sini.  Apakah para pengunjung yang datang ke sini selama ini, menyedarinya atau pun tidak ?  Adakah ini di antara jenis-jenis pokok pisang yang ada di negara kita ini,  aku juga tidak ketahui, atau pun ianya adalah secara kebetulan sahaja.  Jawpannya tidak ku temui.  Ku kembalikan semuanya kepada Allah jua.

Monday, November 22, 2010

PASIR RAJA


Kami sampai di Kampung Pasir Raja lebih kurang pada jam 4.30 petang.  Aku tidak tahu asal usul bagaimana kampung ini mendapat namanya.  Kampung Pasir Raja ini pernah menjadi tempat persinggahan pejuang-pejuang Melayu menentang Inggeris.  Pasir Raja pernah menjadi tempat persinggahan Datok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke Kuala Berang dan ke Kelantan.  Penduduk di sini masih lagi mengekalkan cara hidup tradisi Melayu walau pun kampung ini sudah di jenguk dengan berbagai kemudahan.

Di Pasar Raja terdapat kemudahan tempat penginapan, untuk para pengunjung yang ingin menikmati dan melihat keindahan kampung tradisi Melayu.  Terdapat  tempat penginapan yang berhawa dingin dan ada yang tidak.  Para pengunjung bolehlah memilih yang mana yang disukai.
 Ini adalah di antara tempat penginapan yang terdapat di Pasir Raja.  Ianya terletak berhampiran sebatang sungai yang bermuara di Kuala Dungun.  Sungai ini adalah satu-satunya jalan perhubungan penduduk Pasar Raja dengan Dungun pada satu ketika dulu. Perjalanan dari Pasir Raja melalaui jalan air ini mengambil masa dua hari satu malam.  Tapi kini Pasir Raja sudah  pun mempunyai rangkaian jalanraya yang menghubungkan daerah perdalaman ini dengan Dungun dan Bandaraya Kuala Terengganu.
 Ini adalah pentas yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kegunaan bagi sesuatu perayaan yang di adakan di Pasir Raja ini.  Di sebelah belakang pentas inilah mengalirnya sebatang sungai yang teramat berjasa kepada para penduduk di Hulu Dungun, terutamanya penduduk Pasir Raja sebelum kawasan ini di hubungi oleh jalanraya.  Sungai ini juga menjanji pendapatan bagi mereka.  Airnya sejuk dan jenih.  Ia mengalir dengan tenang menuju ke muara, setenang hidup para penduduk di Pasir Raja ini.
Pasir Raja di kelilingi oleh tumbuhan yang menhijau.  Ini akan memukau setiap mata yang memandang.  Udara di persekitrannya sejuk, nyaman dan menyegarkan.  Kicauan burung dan nyanyian unggas-unggas yang mendiami kawasan ini menggantikan bunyi derungan kenderaan di bandar.  Kesunyiannya bagitu mengasyikkan.
Ini adalah pemandangan yang lumrah dikampung-kampung.dan tidak terkucuali dengan Pasir Raja.  Masa terlalu mencemburui kami.  Hari sudah lewat petang.  Kami cuma berada sekejab sahaja di Pasir Raja.  Banyak lagi yang belum sempat ku rakamkan di sini disebabkan oleh kesuntukkan masa.  Kami tidak bercadang untuk bermalam disini.  Inyaallah, mungkin dikesempatan yang lain kami akan bermalam di sini.  Manusia adalah sebahagian dari alam, jesteru itu manusia tidak akan dapat dipisahkan dari alam.


Saturday, November 20, 2010

HUTAN LIPUR CEMERONG

Aku sering mendengar rakan-rakan ku bercerita tentang keindahan panorama di Hutan Lipur Cemerong.  Tercuit juga di hati ku untuk melihat keindahan ciptaan Allah ini, disamping menyedut udara segar dan nyaman di persekitaran pergunungan.  Aku menerima panggilan talifon dari rakan ku, Faisal, mengajak ku bersiar-siar.  Tanpa bertanya ke mana, aku menerima ajakkannya.  Seperti biasa aku akan ditemani oleh isteri ku.  Kami bersarapan ditempat yang dijanjikan.  Faisal mengajak ku ke Hulu Dungun.  Aku meneruskan sarapan ku tanpa memberi sebarang komen.

 Kami meneruskan perjalan, setelah selesai sarapan.  Seperti biasa, kami akan berbual melaui radio yang dipasang di dalam kereta kami.  Rupanya Faisal menyatakan hendak ke Cemerong  dan kampung di persekitaran Hulu Dungun.  Hati ku melonjak riang, menerima berita tersebut.  Terbayang di kepala ku kesejukan air yang jernih di gunung tersebut.  Betapa nyamanya.
Sepanjang perjalanan, setelah keluar dari Bandaraya Kuala Terengganu, kami melalui kawasan perkampungan.  Teringin di hati ini untuk berada di kampung.  Pemandangan ini mengimbau kembali kenangan ku di masa kana-kanak.  Aku di lahir dan dibesarkan di kampung.  Kehidupan di kampung menjadi sebahagian dari hidup ku.   Perjalanan kami mengambil masa kurang lebih satu jam setengah untuk sampai ke destinasi.
Keadaan di persekitaran bagitu aman dan tenteram.  Hawa  sejuk pergunungan menjamah diri ku.  Aku dapat  merasakan betapa segarnya  udara di sini.  Suara unggas-unggas  yang mendiami kawasan ini menyambut ketibaan kami.  Suasana bagitu sunyi, hanya kedengaran siulan burung-burang dan unggas yang lain yang diiringi bunyi desiran air terjun di Cemerong ini.

Ini adalah diantara kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung yang datang.  Disini tidak ada kemudahan penginapan, cuma yang ada, tapak untuk aktiviti perkhemahan.  Kantin yang ada hanya beroperasi pada hari minggu sahaja.  Kunjungan kami adalah pada hari biasa, jadi kami tidak dapat mencuba keenakan masakan di sini.


Ini adalah diantara tumbuhan hiasan yang ditanam.  Setelah berehat seketika, untuk melepaskan penat memandu, kami mula berjalan-jalan di persekitaran kawasan ini sambil menyedut udara yang nyaman dan menyegarkan ini.  
Terdapat berbagi-bagai jenis tumbuhan hiasan yang ditanam di kawasan tempat letak kereta dan kantin.  Ianya amat menarik sekali.  Kawasan ini dikelilingi oleh hutan tropika yang menghijau.  Keadaan ini memukau para pengunjung yang mencintai kedamaian dan keindahan alam semula jadi.


Ini pula pemandangan sungai yang mengalir dengan tenang dan dihiasi pula oleh air terjun yang kecil dan membentuk kolam-kolam kecil yang sangat sesuai untuk mandi manda.  Airnya bagitu jernih dan sejuk.  Kelihatn anak-anak ikan berenang-renang  sambil berkejar-kejaran di celah-celah batu yang menghiasi permukaan sungai ini.  Pohon-pohon hutan yang menghijau tumbuh di sepanjang tebing sungai ini.  Ianya sunguh indah dan menarik.  Betapa besarnya nikmat anugerah Allah ini bagi insan-insan yang mahu berfikir.

Ini adalah  tempat yang dibina khas untuk para pengunjung melihat pemandangan di persekitaran jeram ini.  Kelihatan pohon-pohon kayu hutan yang terdiri dari berbagai jenis tumbuh menghijau di sekeliling pondok ini.  

Ini adalah di antara pohon-pohon hutan yang terdapat  di pergunungan ini.  Tinggi menjulang langit  dan pucuknya pula menyapa angin yang lalu.  Ini adalah di antara khazanah yang tidak ternilai untuk generasi kita.  Apakah ianya dapat dikekalkan ?  Soalan ini tak dapat ku jawab,  hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.  Apakah atas nama pembangunan,  keindahan ini jua akan lenyap sebagaimana tempat-tempat yang lain ?   Soalan ini berligar-ligar di kepala ku.  Jawapannya tidak ku temui.  



Lihatlah betapa indah pemandangan ini.  Dibawah bumbung langit yang biru, menjulang pohon ini menyapu awan.  Berdiri tegak dengan perdunya terpasak kemas dibumi  melalui hari-hari yang mendatang.  Bagitulah jua kita manusia, hari-hari yang kita lalui ini menghapirkan kita dengan masa untuk kita kembali menemuiNya.
 Laluan berturap dengan simen disediakan untuk kemudahan para pengunjung yang ingin berehat bersama keluarga di hujung minggu.  Para pengunjung dapatlah bergerak kesana sini dengan senang, terutama untuk kanak-kanak kecil.  Walau apa pun keselamatan perlulah di utamakan kerana kawasan ini mempunyai kepala air.
Setelah puas kami berjalan-jalan di persekitaran kawasan perkelahan Cemerong ini, kami berehat untuk makan tengah hari.  Kami memilih lokasi yang berhampiran dengan tapak perkemahan, dimana terdapat sebatang tali air.  Airnya jernih dan sejuk.  Kelihatan isteri ku bagitu asyik memerhati anak-anak ikan yang berenang-renang kesana dan kemari.  Selesai menjamah makanan tengah hari yang kami bungkus semasa dalam perjalan kesini dan setelah berehat sebentar, kami meneruskan perjalanan kami ke Pasir Raja. 

Monday, November 15, 2010

NAFI SUMBANGAN NEGERI - SULTAN KEDAH KECEWA


ALOR SETAR, 14 Nov: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

"Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.


(Gambar terbaru 14 November: Gambar ceria MB ketika mengiring sultan Kedah..)

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.

Gambar: Pemeriksaan perbarisan PDRM oleh Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika perasmian Sidang Dun Kedah.

Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda. - Hrkh

Di Petik dari Ruang Bicara Pria Malaya